Thursday, March 19, 2009

Pahangdaily online bohong : Tuduh Ahli Parlimen dan Tiga Adun amal politik wang

A. Petikan daripada laman pahang daily online 19 Mac 2009 :

1. PAS Kawasan Paya Besar Pahang menyifatkan tindakan Lembaga Displin UMNO menggantung dan memberi amaran kepada empat pemimpin UMNO Bahagian Paya Besar semalam membuktikan UMNO Paya Besar adalah lubuk rasuah.

2. Yang Dipetua PAS Kawasan, Ustaz Yusuf Embong berkata, belum pernah berlaku di dalam sejarah Umno semua pemimpin utama bahagian disabitkan dengan amalan rasuah sebagaimana berlaku kepada kawasan ini. "Ini menunjukkan kepimpinan UMNO Paya Besar adalah lubuk rasuah tetapi kerana di dalam UMNO politik wang (rasuah) bukan kesalahan jenayah maka tiada tindakan sivil dikenakan terhadap pemimpin terbabit," kata beliau.

3. Tambah Yusuf, pemimpin UMNO Paya Besar yang digantung dan diberi amaran itu adalah wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang diberi kepercayaan oleh pengundi dalam pilihan raya 8 Mac 2008 lalu. "Kini sudah terbukti mereka adalah pengamal politik wang yang sepatutnya tidak layak dipilih sebagai wakil rakyat. Mereka perlu mengosongkan jawatan masing-masing untuk membersihkan kerusi mereka daripada terpalit dengan amalan rasuah," ujar beliau.

4. Sesungguhnya apa yang dinyatakan oleh pemimpin PAS itu bagai ada kebenarannya. Biarpun hanya Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Manan Ismail yang dikenakan tindakan displin berupa penggantungan selama satu tahun. Namun, ketiga-tiga pemimpin lain itu sebenarnya memang terlibat dengan rasuah "politik wang" sebenarnya. Imej mereka kini sudah tercalar dan tidak layak untuk mewakili rakyat di kawasan masing-masing.

B. Petikan daripada Utusan Malaysia 19 Mac 2009 :

Bukan kerana politik wang - Adnan

KUANTAN 18 Mac - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan, seorang Ahli Parlimen dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri ini yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO semalam bukan kerana politik wang.

Katanya, mereka dikenakan tindakan setelah didapati bersalah menganjur dan menyertai perjumpaan ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dalam tempoh pemilihan jawatankuasa UMNO Bahagian yang lalu.

''Lembaga Disiplin mendapati bahawa tindakan-tindakan itu juga adalah salah dan melanggari kod etika parti,'' katanya dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, hari ini.

Semalam, Lembaga Disiplin menggantung keahlian selama setahun Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, sementara tiga lagi iaitu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah yang juga ADUN Sungai Lembing dikenakan amaran.

(Kata Waris Pahang :

- Pahangdaily Online telah menyiarkan 3 artikel pembohongan bertajuk :

1. Politik Wang UMNO, Amat Memalukan Kerana Negeri Pahang Pecah Rekod Rasuah Bila Seorang Ahli Parlimen Dan Tiga ADUN Terlibat !!.

2. Susulan Lima Pemimpin UMNO Negeri Terlibat Politik Wang, Bahagian Paya Besar Gesa Agar Menteri Besar Pahang Meletakkan Jawatan

3.
Susulan Kes Rasuah Pemimpin Politik Pahang, Pemimpin PAS Sifatkan UMNO Bahagian Paya Besar Adalah Lubuk Segala Rasuah Parti Itu

- Pihak yang dituduh melakukan politik wang sebagaimana yang dipaparkan dalam laman blog Pahangdaily Online wajar mengemukakan saman di atas tuduhan yang tidak berasas itu).
- Semoga tindakan menyaman Pahangdaily Online ini dapat memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak melakukan sesuatu tanpa usul periksa.
- Ramai pihak yang tidak puas hati dengan Pahangdaily Online sejak kebelakangan ini dan mereka tidak percaya lagi dengan kenyataan yang dipaparkan dalam blog itu.

7 comments:

PakDik said...

PAS ni umpama dubuk (sejenis binatang seakan akan anjing) yang berjuang untuk berebut bangkai bersama sejenis burung "anak reng"..

Ada saja bangkai... ada lah dia..
PAS>>>PAS.... Parti Anak Syaitan...

YANG GAMBI said...

Pahangdaily online tempat oarang2 yang tidak bermoral melemparkan fitnah. PAS umpama musang,burung hantu tahi ayam, kerjanya keluar malam, buat krja2 jahat, siang tidur, syaitan yang meyamar sebagai ulamak untuk menyesatkan manusia..... orang2 yang suka menabur fitnah di pahangdaily adalah mereka2 yang sudah jauh hitamhati mereka.......

srikandi sungai pahang said...

Permasalahan UMNO adalah hak dan kepentingan UMNO...pihak pembangkang hanya ingin masuk lubang jer tu..kononnya UMNO sekarang dah xleh pakai, PR jer bleh pakai kan...ishh3..rodong2 pembangkang kat Pahang ni membara nak dapatkan kerusi Paya Besar kot..tu yg "sibuk masuk lubang" tu...Biarlah MB yang selesaikan kes ni.. x yahlah nk masuk campur.. buang masa jerk... orang UMNO Paya Besar pun x suka org len sibuk hal dia ni... baik cara hal n tempat sendiri lebih baik...BETUL KE KITA NI BERSIH???? JANGAN ASYIK NAK SERKAP JARANG N KOREK TTG UMNO JER...

Mamak Penang said...

Salam,
Wang dalam politik adalah satu perkara yang amat melucukan.Tanpa Wang bagaimana nak gerakan jentera kempen politik dan melaksanakan agenda calon.Politik wang menjadi medan penumpuan yang hangat dibincangkan pada masa kini.Seolah-olah ada pihak yang sengaja cari publisti murahan dari isu ini dari rakyat terutamanya golongan parti pas yang menganggap diri mereka sebagai malaikat dalam politik.Sekian lama parti Pas juga mengamalkan cara membentangkan kain putih di hadapan surau dan mesjid semasa mengadakan ceramah hebat untuk mengumpul dana dari hadirin untuk tujuan kempen politik mereka.Yang bezanya cuma wang yang dikumpulkan oleh Parti Pas dari sumbangan Ikhlas yang tak perlu di odit tetapi wang dari kocek YB kerajaan parti pemerintah dikatakan wang rasuah oleh pihak pembangkang.Bukankah kedua-duanya dari sumber rakyat kenapa yang satu lagi itu tidak ada transpirasi kerana yang pengumpul itu dari golongan malaikat yang kuat Iman!!!!.

Pada zaman serba mencabar ini kempen politik telah bertukar menjadi seperti menguruskan sesebuah Syarikat Perniagaan.Lazimnya apabila merasmikan sebuah perniagaan yang berorientasikan pelanggan perlu mengadakan program pembukaan rasmi.Bagi pembukaan Rasmi kedai Nasi kandar makanan percuma dihidangkan untuk menambat hati untuk menarik pelanggan nasi kandar pelangan setempat.Ia berlaku sama dengan Pemimpin Politik yang ingin memulakan kempen pencalonan.Calon baru yang ingin bertanding perlu mengadakan pengenalan dengan menjemput makan percuma di hotel atau di restoren terkenal untuk menambat hati penyokong.Maka perkara itu pun dikatakan rasuah maka semua peniaga-peniaga juga turut dikategorikan pemberi rasuah.

Kempen politik juga menghadapi berbagai-bagai masalah sama dengan sebuah perniagaan.Mereka perlukan dana,mengatur tenaga pekerja,mengemukakan produk mereka,mengatur rancangan perniagaan,rancangan pemasaran dan menyediakan pengurusan syarikat.Dengan ini kempen politik ini menjadi seperti sebuah perniagaan sendiri.Ketika promosi produk baru syarikat diperkenalkan ia adalah lazim memberi hadiah sagu hati,cendera mata,tawaran hadiah untuk menarik pelanggan membeli produknya.Kes seperti inilah berlaku di pemilihan dalam UMNO.Maka ia dikelasifikasi sebagai rasuah kerana memandangkan moral ahli itu ke kancah permulaan rasuah.Kalau perkara ini diandaikan ia sebagai bentuk rasuah maka keseluruhan syarikat yang mengamalkan cara diatas tadi juga mengamalkan rasuah dalam perniagaan mereka.Rasuah politik atau politik wang bermaksud apabila seseorang calon yang bertanding membeli undi dengan cara membayar sekian jumlah yang ditentukan oleh penggundi untuk mengundi calon itu.Maka janganlah isu-isu yang remeh-temeh ini dijadikan isu nasional yang sensasi dan memudaratkan diri sendiri dan parti.Wassalam.

Sedingin Salju said...

Wah mamak, seronok dengak cerita encik.

Seladang said...

Tutuhlah Labu! Berapa banyak nak podot! Podotlah! Tak ada sapa nak larang. Awok yang memerhentoh Pahang ni. Kikihlah sampai jadi padang jarak padang terkukur!

CakLam said...

Tuhan!!! Tolong datangkan penyelamat yang akan menyelamatkan Iman kami. Agama kami. Bangsa Kami. (bukan dari Ahli Politik) Amin.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP