ADUN Pas pertikai kuasa sultan?
ALOR SETAR 26 April – Tindakan seorang wakil rakyat Pas mengemukakan dua soalan kontroversi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dilihat sebagai seolah-olah cuba mempertikai kuasa Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.
Perbuatan itu dapat dilihat apabila Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:
*Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?
*Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?
(Kata Waris Pahang :
-Waris Pahang tidak hairan dengan sesetengah orang Melayu sendiri yang pertikai kuasa Sultan kerana sejak zaman penjajah lagi sudah ada orang Melayu yang sokong penubuhan Malayan Union yang berhasrat menghapus kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu.
-Orang Melayu yang menyokong Malayan Union ialah penyokong Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Mokhtaruddin Lasso (Ketua Rejimen 10 Melayu Parti Komunis Malaya), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS) kononnya bertujuan menyatukan sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar Melayu.
-Cuma Waris Pahang terkilan dengan cara mereka yang sungguh biadap ini sehingga sanggup pertikai kuasa Sultan dan menderhaka kepada Sultan.
-Cuba bayangkan bagaimana kalau Pakatan dapat perintah negara?. Sedangkan zaman BN perintah pun mereka berani mahu menyeret Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke mahkamah kerana tidak puas hati dengan perlantikan Datuk Seri Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak, Mempertikai kuasa Sultan di Sidang DUN Kedah dan mempertikai larangan ceramah politik dalam rumah ibadat oleh Sultan Selangor.
-Mereka boleh dikategorikan buta sejarah dan gila kuasa sehingga gagal membezakan antara intan dan kaca dalam erti kata lain mereka terperangkap dalam permainan politik pakatan pembangkang sehingga sanggup kurang ajar dengan Tuanku Sultan Raja-Raja Melayu.
-Barangkali DAP dan PAS/PKR (Berhatikan DAP) sedang bertepuk tangan melihatkan kebodohan pemimpin dan ahli-ahli politik Melayu yang mudah dicucuk hidungnya untuk menyentuh perihal kuasa Raja-Raja Melayu.
-Bagi Waris Pahang, mereka yang pertikai Perlembagaan Persekutuan dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu wajar dihadapkan ke mahkamah).
6 comments:
Yang sebenarnya mereka lah saki baki penjajah.
betul merekalah saki baki penjajah yang mahu hancurkan negara ini.
Inilah proksi suara komunis DAP dan yahudi PKR yg telah menyerap dalam kepala otak kepimpinan PAS..... patut dinyahkan dari negara ini...
Barangkali mereka buat tak sedar dgn apa yang mereka lakukan adalah seperti menyokong komunis
apa nak dihairankan..nik aziz juga berani mengatakan Allah mencarut. Apatah lagi nak hina sultan..perkara biasa saja bagi mereka..
Mereka memang spesis putar alam punya
Post a Comment