Kerajaan BN telah berusaha menyelesaikan masalah ketiadaan pengangkutan awam di Bandar Kuantan. Sebuah Syarikat Cityliner Sdb Bhd bersetuju untuk beroperasi di 20 laluan di sekitar Bandar Kuantan bermula Ogos 2010.
Keputusan ini melegakan penduduk Kampung Selamat, Bukit Setongkol, Chenderawasih, Bukit Bay Route, Taman Pasdec Aman dan Teluk Chempedak. Kebanyakan mereka terpaksa menaiki teksi yang harga tambangnya mahal sehingga mencecah RM 20 pergi balik.
Penduduk juga merungut kerana pondok bas wujud tetapi tiada perkhidmatan bas henti-henti.
(Kata Waris Pahang :
-Mana perginya Ahli Parlimen Kuantan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipilih oleh penduduk Kuantan dalam PRU 12?.
-Ahli Parlimen Kuantan ini hanya pandai berjanji sahaja dalam PRU 12 untuk menyelesaikan masalah pengangkutan awam ini.
-Sekarang janji tinggal janji dan penduduk Kuantan sudah naik benci dengan YB ini. Eloklah YB ini bertanding di Johor sahaja kerana beliau berasal dari Negeri Johor atau bertanding di Selangor kerana beliau mempunyai rumah di Kajang Selangor.
-Waris Pahang sebenarnya sudah malas nak tulis tetang YB Hamper ini yang jarang turun kawasan dan kalau turun pun asyik bagi hamper sahaja.
-Namun disebabkan rakyat Pahang ditipu hidup-hidup oleh bukan orang Pahang maka Waris Pahang tulislah juga. Mungkin satu hari Waris Pahang akan tulis pula tentang satu lagi parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang (PKR) iaitu Indera Mahkota tetapi penduduk kawasan tersebut merasakan seperti tiada wakil rakyat).
2 comments:
hahaha siapa yang pilih calon pkr jadi yb. semua yb pkr mabok mabok belako
Elok lah tukar BN pula sebab ekperimen tak menjadi
Post a Comment