Pokok demokrasi simbol penderhakaan
IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan pembangkang membina tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini serta menanam lima batang pokok ‘sebagai tanda dan kemuncak penderhakaan kepada institusi Raja’.
Beliau berkata, tanda penderhakaan mereka jelas apabila menentang pelantikan beliau sebagai menteri besar oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan baginda.
“Tindakan yang dibuat itu adalah simbolik dan secara terang-terangan menunjukkan tindakan penderhakaan kepada Tuanku Sultan dan institusi Raja di Perak.
Kita lihat mereka mengatakan itu adalah tempat dan pokok demokrasi, tetapi bagi saya ia adalah tempat ‘patik mohon sembah derhaka’ sebenarnya,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran Bulan Dakwah peringkat negeri oleh Sultan Azlan Shah di sini, semalam.
Mengenai penanaman lima pokok berkenaan, beliau berkata pihak pembangkang mengetahui bahawa kawasan tanaman itu adalah kawasan rizab jalan dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
“Soalnya mereka sudah dapat kelulusan MBI atau belum,” katanya. Menurutnya, Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) merompak hak rakyat serta mengkhianati demokrasi adalah sesuatu yang dangkal sebaliknya merekalah yang sebenarnya mengkhianati kesucian demokrasi institusi beraja.
“PR yang menyatakan apa yang mereka lakukan dengan mengadakan sidang DUN di bawah pokok adalah umpama Revolusi Perancis 1989. Dalam revolusi ini, Raja Louis telah digulingkan. “Ini merupakan satu pembawaan yang berbahaya dan boleh mengucar-kacirkan pemerintahan beraja, di samping menjatuhkan kedaulatan Raja-raja Melayu,” katanya.
Sumber : Sinarharian
(Kata Waris Pahang :
- Apa tujuan plak itu dibina? Tidak lain sebagai satu kenang-kenangan kononnya Pakatan Pembangkang telah dizalimi.
- Sultan Perak dituduh menzalimi Pakatan Pembangkang kerana melantik Dr. Zambri sebagai Menteri Besar baru. Maka sebab itulah Nizar mohon derhaka, demontrasi diadakan dan sidang DUN haram mahu diadakan.
- Sanggupkah kita derhaka kepada Kesultanan Melayu yang merupakan benteng terakhir menjaga hak istimewa orang Melayu dan Agama.
- Jangan kita mudah terikut dengan pemimpin pembangkang kerana mereka berceramah dan berjuang untuk mendapat kedudukan dalam politik sedangkan kita mendapat apa?. Sampai bila kita mahu menjadi kuli mereka?).
1 comment:
Ya, semoga perbuatan zalim mereka ini akan dibalas oleh yang maha esa.
Post a Comment