Thursday, March 19, 2009

Surat Terbuka Untuk Nik Aziz

Kerajaan campuran: Nik Aziz bidas Hadi

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran PAS-Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Nik Aziz melihat tindakan Abdul Hadi itu sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

"Itulah yang saya sebut, kalau nak bahas masalah kerajaan dengan Umno kena ada mesyuarat khusus. Jangan buat keputusan lain, cakap lain, itu saya tak setuju.

"Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan PAS ke-54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tetap berpegang kepada keputusan bersama dalam muktamar, iaitu PAS tidak mahu mengadakan kerjasama dengan BN, termasuk pembentukan kerajaan campuran.

Katanya, beliau hanya akan akur dengan cadangan Abdul Hadi itu sekiranya semua ahli jawatankuasa PAS Pusat bersetuju mewujudkan kerajaan campuran dan keputusan itu perlu ditetapkan dalam mesyuarat khas berkenaan.

"Apa kita nak bercanggah dengan keputusan muktamar, kalau buat mesyuarat dan semua menyokong, kita akan buat, tak ada masalah," katanya.

Nik Aziz berkata beliau menentang cadangan Abdul Hadi itu kerana ia bertentangan dengan dasar parti selain dikhuatiri ia tidak akan membawa kebaikan pada PAS.

Cadangan Abdul Hadi itu sebelum ini dipersetujui Dewan Pemuda PAS Pusat yang disifatkan bertepatan dengan masa.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut Abdul Hadi memberi penjelasan berhubung cadangannya itu kepada pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan DAP, sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat.

- BERNAMA


(Kata Waris Pahang :

- Nik Aziz tidak sesuai diajak bermain Futsal kerana beliau bersikap emosional, mementingkan diri sendiri dan bukan mengutamakan kerjasama berpasukan.

- Sebenarnya hanya orang waras sahaja yang layak bermain Futsal, mereka yang tidak mengutamakan perpaduan akan menghancurkan kekuatan pasukan.

- Nik Aziz tidak menghormati Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sehingga menolak mentah-mentah cadangan tersebut malah dibidas pula kerana mengeluarkan kenyataan yang dilihat ke arah perpaduan dua parti politik Melayu, PAS dan UMNO.

- Nik Aziz lebih rela bekerjasama dengan DAP daripada bekerjasama dengan UMNO yang sebangsa, seagama dan seakidah.

- Nik Aziz utamakan parti PAS dari kebaikan segalanya, barangkali PAS itu Islam dan Islam itu PAS masih sebati disanubarinya.

- Jika sayangkan PAS teruskan lah bersama PAS kemudian kita berjuang bersama di atas satu parti untuk agama, bangsa dan negara.

- Jika nama Barisan Nasional sudah tidak relevan maka kita berbincang bersama untuk menukar namanya.

- Kita hairan kenapa Nik Aziz dan Lim Guan Eng sangat takut dengan perpaduan Orang Melayu?.

- Nik Aziz telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau tidak mendengar suara akar umbi yang mahukan perpaduan.

- Hanya yang ada di dalam lubuk hati beliau ialah DENDAM KESUMAT untuk menghancurkan UMNO dan perpaduan Melayu dalam UMNO.

- Sungguh hairan apa lagi yang didendami Nik Aziz. Kita lihat apa saja pembangunan Islam akan dan telah dilaksanakan oleh kerajaan.

- Jika PAS lihat masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki, silalah bersama dalam kerajaan campuran dan kita baiki dan tambah kekurangan bersama.

- Kita tidak lihat kerajaan sekarang menidakkan syiar Islam berkembang di negara kita malahan masjid-masjid semakin banyak dibina.

- Kita tidak sangka seorang yang bergelar tuan guru sanggup menggunakan kuasa veto dan membuat keputusan menolak untuk bermusyawarah.

- Percayalah, Nik Aziz tidak akan berjaya jika terus bersekongkol dengan DAP. Mereka akan menggunakan pelbagai agenda secara nyata dan halus untuk melemahkan orang Melayu.

- Sepanjang hidup kita, belum pernah kita terjumpa perintah Allah yang menyeru umat Islam berpecah belah dan mendoakan umat Islam dihancurkan).

4 comments:

Syed @ Don said...

- Nik Aziz lebih rela bekerjasama dengan DAP daripada bekerjasama dengan UMNO yang sebangsa, seagama dan seakidah.

hentikanlah hujah ini. Selagi UMNO masih lagi bersama MCA dan MIC - tidak layak UMNO menyalahkan PAS bersama DAP.

Jika saya di tempat Nik Aziz, saya juga akan melakukan perkara yang sama sepertinya. Bukan kerana saya bergaduh dengan UMNO (kerana saya tidak pernah campur politik) tetapi keputusan Presiden itu seolah-olah menggunakan veto padahal perkara yang sama telah dibincangkan di dalam mesyuarat. Apa gunanya mesyuarat, perbincangan, jika keputusan masih lagi tidak digunapakai. Tidak demokrasi kalau macam tu.

Kalau semua keputusan boleh dibuat sewenang-wenang, tak perlulah AGM, buat sidang media lebih mudah

.@blogger.com said...

Salam bro,
Nik Aziz ni manusia berhati batu. Jiwanya rusak dan tidak diberukan petunjuk oleh Allah untuk melihat kepada perpaduan melayu dan Islam di Malaysia.

Anonymous said...

saya doakan kamu diberikan hidayah kerana mempersendakan ulama' yang merupakan warisan nabi, seperti Tuan Guru Nik Aziz ini.

Tai said...

Dia tak layak jadi ulamak kalau perangai macam ni.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP