Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.
Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".
Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR."Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.
Sumber : Malaysiakini
(Kata Waris Pahang :
- Rakyat sekarang sudah bosan dengan suasana sekarang kerana kerap kali berlaku pilihan raya kecil barangkali inilah bala dan ujian daripada yang maha esa kerana umat Islam berpecah belah.
- Sungguh malang kerana ulama PAS tiada roh perpaduan, mereka suka orang Islam bercakaran sesama sendiri. Kata-kata fitnah, kesat, keji, carut dihalalkan kerana politik. Sifat mahmudah dihumban ke gaung kerana menuruti hawa nafsu.
- Rakyat juga sudah bosan kerana banyak duit akan dileburkan semata-mata kerana berebut sebuah kerusi sedangkan masih ramai rakyat hidup dalam kemiskinan yang memerlukan kewangan untuk meneruskan kehidupan.
-Apatah lagi negara kita sedang mengalami kegawatan ekonomi dan ramai pula yang dibuang kerja.
- Walau macamana sekalipun kita mesti selamatkan Malaysia daripada di perintah oleh Pakatan Pembangkang yang sanggup menggadaikan negara dan maruah bangsa semata-mata menuruti kehendak DAP.
-Semoga lebih ramai yang akan keluar dari Pakatan Pembangkang. Janganlah kita menjadi hamba dan boneka kepada DAP.
-Selamat menjalankan tanggungjawab untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Penanti. "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan").
1 comment:
Alahai Penanti..after this which DUN or PARLIMEN is going to be held PRK. Please stop it ! BN jangan jadi bahan kajian PKR.Tok sah dilayan.Depa semua dah gila.. gila kuasa selagi tak dapat selagi tu tak dok diam .Biak pi depa lah tu memang kerja pembangkang. Nanti depa tak dak kerja lak. Kita BN mesti berubah daripada tak baik kepada lebih baik.Mesti Positf disamping jangan lupa Quran dan Hadis. Jangan jadikan hukum Allah sebagai gurauan seperti ulama PAS .
Post a Comment