Berikut nota yang dihantar oleh seorang penyumbang Sarawak Update dari Lubok Antu yang mengikuti pergerakan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lubok Antu pada 1 April 2009.
5.00pm -Anwar mahu adakan ceramah tetapi Tuai Rumah Jamit, di Kampung Pudai tidak setuju. Anwar terpaksa berpatah balik ke pasar Lubok Antu. Kena penangan April Fool dari masyarakat Dayak beliau hari ini.
6.30pm - Anwar serta gerombolannya cuba mengumpul orang di masjid Lubok Antu, tetapi penduduk tidak mahu hadir. Tidak sampai 50 orang yang hadir, termasuk Dominique Ng dan Jawah Gerang. Majoriti konco-konco Anwar sendiri. (Orang-orang Melayu kurang siuman serta terdesak sahaja yang menyokong rancangan Anwar untuk memberikan kerusi Ketua Menteri kepada bukan Islam)
8.30pm - Anwar pergi ke markas PKR di Kampung Kutai, Lubok Antu. Ceramah beliau cuma dihadiri oleh petugas-petugas PKR, pengikut-pengikut Anwar serta pembodek-pembodek berkereta besar yang mengharapkan peluang untuk bertanding dalam pilihanraya negeri akan datang. Kereta yang diletakkan di bahu jalan semua kereta besar yg tidak dikenali, bukan kereta penduduk tempatan. Orang-orang Kampung Kutai pun tidak datang.
Dalam blog Anwar mencatatkan perkara berikut:-
Acara Kempen di Rumah Panjang NangaKesit
AnwarSemalam, salepas berjemaah Maghrib di Masjid Kampung Melayu, Lubok Antu, saya dijamu dengan hidangan istimewa talapia Iban di Bedok Cafe.
Sebelum itu, kami berkunjung ke Rumah Panjang Nanga Kesit dan disambut olih Tuai Rumah Jampang. Acara dimeriahkan dengan persembahan tarian pahlawan Iban.Turut serta bersama saya ialah pimpinan Pakatan Rakyat negeri Sarawak antaranya YB Gabriel Adit, YB Dominique Ng, YB Chiu Chee Seng dan juga calun kerusi Dun Batang Ai, saudara Jawah Gerang.
Saya menerangkan perihal tanah adat dan hasil bumi Sarawak yang dimanipulasi oleh BN sehingga mengenepikan hak rakyat dan membandingkan pencapaian ekonomi negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat.ANWAR IBRAHIM
Ini pula jadual rasmi dalam blog Anwar.BATANG AI (1hb April 2009):
4.30 malam: Rumah Panjang Lubok Subong
7.00 malam: Solat Maghrib di Masjid Kg Melayu
8.00-9.00 malam: Lawatan Rumah Panjang (akan ditentukan kemudian)
10.00 malam: Ceramah perdana di Lubok Antu
Untuk dihubungi: Sdr Hasrul Muhaimin Hasbi 012 2239 738———-
Nampaknya sudah terang lagi bersuluh, tanpa Makan Malam Percuma Tajaan Dato …., Anwar gagal menarik pendengar untuk menghadiri ceramah beliau. Orang cuma datang ceramah Anwar untuk makan percuma.
Selepas ura-ura penaja Anwar bertembung dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyatakan sokongan pada BN, pekerja PKR mungkin tidak dibayar gaji seperti pilihanraya yang lalu-lalu…. Dapatkan gaji anda segera! ha ha ha ha…. Khabar angin tajaan RM3 juta dari Dato… mungkin tinggal angin!
p/s Lori milik abang kepada Jawah, Tuai Rumah Lepang anak Gerang juga sudah dilihat menanggalkan bendera PKR atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Jawah juga tidak mendapat keizinan dari Tuai Rumah Kelinsing untuk berkempen di Kampung Sekarok
(Kata Waris Pahang :
- Pengalisa politik mendapati BN cerah menang di Batang Ai. Ini adalah kerana :
i) Penduduk menolak calon pembangkang Jawah yang menyertai PKR.
ii) Jawah pernah berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan menyeru jangan menyokongnya kalau beliau menyertainya. Hari ini penduduk Batang Ai akan mengotakan kata-kata yang pernah beliau ucapkan dahulu.
iii) Penduduk Batang Ai tidak dapat menerima Jawah kerana banyak pembangunan yang pernah dijanjikan dahulu untuk membantu tetapi belum terlaksana.
Hidup BN! Jawah Gerang sudah jadi Jawah Gering. Selamat Mengundi).
7 comments:
mungkir sudah ada kesedaran....
yg sepatutnya memang dah sedar....
SYABAS PENGUNDI BATANG AI. JANGAN MUDAH DIPERDAYA DEK JANJI-JANJI DSAI YANG TAK PERNAH DITUNAI. MATLAMAT DSAI NAK JADI PM DAH HANCUR BERKECAI. ALLAH MAHA MENGETAHUI KITA HANYA MERANCANG ALLAH SWT ADALAH PENENTU..MUNGKIN DSAI LUPA ADA KUASA DIATAS SANA YANG LEBIH TAHU DARIPADANYA.
hai waris pahang, kok senyap jer...
mana artikel baru?
Air tapai rumah panjang! Itulah yang membuatkan BN menang!
Hai sri tribuana, waris pahang cukup sedih kerana si penderhaka (nizar) dijulang.
raja dan rakyat berpisah tiada weh!
"Daulat Tuanku".
Husin Lempoyang kata, orang Iban lagi pandai pangkah.
Aku tak nampak pembangunan yang dibawa oleh pembangkang yang menang dalam PRU 12 di Pahang.
Malah YB pun lesap. Patutlah mereka kata undi PAS masuk syurga sebab YB dia berdoa aje dan tadah karung plastik derma.
Acer orang pahang perati betul-betul, lepes tu enkabor ke waris pahang yer!
Post a Comment