6. 1Malaysia : Diperjuangkan oleh rakyat Malaysia berbilang kaum
Malaysian Malaysia : Diperjuangkan oleh bukan Melayu
7. 1Malaysia : Kesinambungan semenjak zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Al Haj hingga Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Malaysian Malaysia : Kesinambungan Malayan Union yang diperjuangkan oleh British.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 telah menyaksikan idea-idea utama Malayan Union itu dihidupkan semula dalam bentuk baru dan jenama baru.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 telah menyaksikan idea-idea utama Malayan Union itu dihidupkan semula dalam bentuk baru dan jenama baru.
8. 1Malaysia : Semua kaum ada hak yang sama tapi ada hak istimewa bangsa Melayu dan bumiputera dan menjamin hak kaum lain.
Malaysian Malaysia : Semua kaum ada hak yang sama tapi tiada hak istimewa bangsa Melayu dan bumiputera
9. 1Malaysia : Matlamat : Bukan membangkitkan soal kesamarataan dan mengetepikan kepentingan Melayu dan bumiputera. Merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara
Malaysian Malaysia : Matlamat : Mahu menghapus kontrak sosial dan ketuanan Melayu.
Menolak ketidakadilan sosial : mengkelaskan masyarakat kepada bumiputera, bukan bumiputera dan imegren.
Menolak ketidakadilan budaya : Kebudayaan bumiputera (termasuk bahasa Melayu dan agama Islam) sebagai kebudayaan kebangsaan.
Menolak ketidakadilan sosial : mengkelaskan masyarakat kepada bumiputera, bukan bumiputera dan imegren.
Menolak ketidakadilan budaya : Kebudayaan bumiputera (termasuk bahasa Melayu dan agama Islam) sebagai kebudayaan kebangsaan.
Menolak ketidakadilan ekonomi :Kerajaan menyediakan peruntukan untuk membantu bumiputera
10. 1Malaysia : Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik, berbilang kaum dan warna kulit berjuang di bawah satu slogan “Satu Malaysia”.
Malaysian Malaysia : Pakatan Rakyat mempunyai slogan berbeza, DAP : Malaysian Malaysia, PKR : Satu Negara Satu Bangsa dan PAS : PAS untuk semua.
2 comments:
Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:
“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
ulasan : dah hilang tanah melayu tinggal malaysia - umno punya pasallah ni
Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
ulasan : Banyak dah tanah simpanan melayu jadi hak milik kaum lain atas nama pembangunan .... mula2 kerajaan pimpinan UMNO ambil atas nama pembangunan kemudian bina shopping komplek yang mampu beli adalah orang cina .....melayu melepas lagi - UMNO punya pasallah ni
Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
ulasan : rejimen ni ada lagi laaa ... bagus2 umno pertahankan .... tapi nama je laaa ...
Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
ulasan : mana ada lagi ... mahathir dulu dia ni presiden UMNO telah menjatuhkan maruah raja dan menghadkan kuasa raja -
Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
--- nama je islam perangai mengalahkan setan .... tak caya pegilah campur dengan puak2 umno niii...
Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
habis punah dah bahasa melayu ..... PPMSI dalam bahasa english .... kalau betul umno pertahankan bahasa melayu saya cabar Najib ucap dalam bahasa melayu dlam ucapan di perhimpunan agung PBB atau bila lawat negara orang ...
Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
nak harapkan macam mane lagi kalau dah umno hadkan kuasa raja2 ni ...
komen .... memamng sejak 50 tahun umno memerintah .. habis punah melayu .... yang ada melayu yang layu
tapi jeng jeng .... Walaupun banyak keburukan dalam umno yang kita nampak .... tapi .... sebenarnya lebih banyak kebaikan yang orang melayu tak nampak .... kalau semua orang melayu nampak kebaikan umno ni maka semua orang tak akan lari dari umno .... bila umno kuat maka melayu akan kuat ... oleh itu marilah kita perbaiki umno ini dan terus pertahankan umno ini ... semoga dengan kewibawaan datuk seri najib maka imej umno akan berjaya dibaik pulih dengan segera dan mengembalikan kekuatan orang melayu ... anak kecil main api terbakar dirinya sendiri ... wahai semua orang melayu diluar sana marilah kita bersatu dibawah umno ... kita kembalikan kekuatan melayu dan kembalikan kedaulatan raja melayu yg hampir kita sendiri yang hakiskan dulu .... kita betulkan balik kesilapan kita dan kita kembalikan kedaultan melayu dan raja melayu dan islam .... HIDUP UMNO
Post a Comment