Sepertimana kita tahu Chin Peng membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia.
Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk polis dan tentera yang cedera dan terkorban.
Chin Peng juga merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.
Chin Peng berhutang darah dengan orang Melayu dan sejarah hitam itu sentiasa diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi supaya sentiasa menjadi ingatan dan berwaspada agar orang Melayu tidak dicincang dan direbus sekali lagi. Penolakkan ini adalah satu penghormatan kepada bangsa Melayu.
Sumber : OBEYONE
(Kata Waris Pahang :
-Generasi kini tidak merasai zaman negara berhadapan dengan ancaman komunis. Orang dahulu fikirannya dikuasai dengan perasaan takut diancam komunis.
-Pengalaman Waris Pahang yang tidak dapat lupakan ialah ketika perjalanan menaiki bas dari Pahang Timur ke Pahang Barat (Raub). Perjalanan meredah hutan dan ladang getah adalah amat menggerunkan dan terdedah kepada serangan komunis.
-Sebaik sahaja menyeberang sungai dengan menaiki feri (sekarang Jerantut Feri), kami meneruskan perjalanan dengan bas lain yang telah menunggu di seberang. Ketika melalui kawasan hutan tiba-tiba pokok tumbang di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas.
-Penumpang yang ada dalam bas bertempik "komunis!" dan mereka semua berada dalam keadaan sangat takut. Namun tiada kelibat komunis didapati, persoalannya adakah komunis mensasarkan untuk menghempap bas dengan pokok yang ditebang atau sebaliknya.
-Cubalah anda bayangkan bagaimana jika komunis muncul ketika itu. Apakah nasib 30 orang penumpang agaknya.
-Pesan Cikgu Waris Pahang, Kerajaan berjaya menghapuskan komunis tetapi fahaman, ideologi dan propaganda komunis tidak mati.
-Ianya akan menguasai pemikiran orang Melayu sedikit demi sedikit sehingga segala yang diperjuangkan oleh pro komunis adalah benar dan apa yang dipertahankan oleh orang Melayu dianggap salah.
-Marilah kita pulaukan parti yang berbau fahaman komunis demi masa depan negara dan bangsa).
No comments:
Post a Comment