Friday, May 8, 2009

Speaker Rimba Rogol Dewan Perak

Pembangkang 'serang' kami - Zambry

IPOH 7 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kesal terhadap tindakan pembangkang yang bertindak biadab dan kurang ajar sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sambil menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bertindak menggunakan undang-undang rimba, beliau juga membidas sikap mereka yang tidak menghormati institusi raja.
Katanya, tindakan melampau dan ganas itu telah menyebabkan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim terpaksa menunggu sehingga kira-kira lima jam untuk merasmikan sidang berkenaan.

''Mereka (ADUN pembangkang) sanggup melakukan apa saja untuk menghalang Speaker, Datuk R. Ganesan menjalankan tugas dan menjemput baginda merasmikan Dewan. Mereka gagal meletakkan Dewan sebagai institusi mulia dengan menjerit dan mengherdik orang lain.

''Bagaimanapun saya bersyukur akhirnya Speaker dapat menjemput Raja Muda dan baginda memberikan titah ucapan. Selepas itu, keadaan menjadi terkawal dan aman. Saya menjunjung kasih Tuanku dan juga berterima kasih atas sokongan padu seluruh rakyat Perak," katanya.
(Kata Waris Pahang :

Alhamdulillah, Persidangan DUN Perak telah selamat dirasmikan oleh Raja Muda Perak walaupun tertunda sehingga 5 jam.


Skrip mereka telah dapat dibaca oleh Zambry and the gang iaitu sengaja menimbulkan kekecohan untuk mewujudkan ketegangan dan rancang persidangan DUN dibatalkan.


Memang benar kata Zambry "Pembangkang Bawa Budaya Rimba Dalam Sidang DUN Perak".

Akibat merogol dan menghina Dewan Perak maka Sivakumar diseret hina.

9 comments:

Abd Bashid Harun said...

Tahniah kerana akhirnya Sidang DUN berjaya juga dilangsungkan. Kesepaduan ADUN dari BN dan bebas serta kecerdikan Tuan Speaker yang baru di bawah kepemimpinan YAB MB Datuk Dr Zambry membuktikan tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Syabas!

WARIS PAHANG said...

Pembangkang menyebabkan baru sekarang sidang DUN dapat dijalankan.

Kini dapatlah kerajaan Perak meneruskan agenda membantu rakyat.

Tiada pembangunan dan pembelaan kepada rakyat selama 11 bulan pembangkang memerintah di Perak.

Mereka hanya tahu menabur janji manis dan berpolitik

WARIS PAHANG said...

Apa yang berlaku di Sidang Dewan Perak menjadi pengajaran kepada Negeri Pahang.

Semoga orang Pahang celik mata, buka minda, lapang dada untuk menolak noda Pakatan Pembangkang.

Selamatkan Pahang Weh!!!!!!!!.

Forum Rakyat said...

Persoalan yang masih belum menerima jawapannya......
Selepas apa yang berlaku di DUN Perak, beberapa persoalan masih terawang-awang di pemikiran kita yang mencari kebenaran .......................

(1)- Seperti yang kita sedia maklum, keputusan siapa Menteri Besar yang sah hanya akan di putuskan pada 11.05.09 @ isnin ini, persoalannya sekarang semasa persidangan tersebut bermula, siapakah menteri besar yang sah, Datuk Sri Nizar Jamaluddinkah atau Zambry Kadir ?

(2)- Setelah DUN Perak mula bersidang, Sivakumar adalah speaker yang sah, speaker telah mengarahkan supaya Zambry dan beberapa exconya serta 3 ekor berok yang melompat tersebut keluar dewan, persoalannya arahan tersebut tidak dipatuhi, bentara engggan mematuhi arahan speaker untuk mengeluarkan Zambry dan gengnya dari dewan tersebut.

(3)- Apakah arahan speaker tersebut sah, jika sah, apakah kesannya terhadap Zambry & gengnya yang engkar terhadap arahan speaker tersebut ?

(4)- Bentara dewan yang engkar mematuhi arahan speaker, apakah hukuman yang sepatut nya diterima oleh bentara tersebut ?

(5)- Jika arahan speaker diatas sah, apakah Zambry dan gengnya masih mempunyi majoriti di dewan ? jika tidak, macam mana dia boleh melantik speaker yang baru ?

Setakat ini saya masih tercari-cari jawapannya dari akhbar dan laman-laman blog, namun tidak di temui..................apakah peguam-peguam handalan kita boleh memberikan jawapannya ?
tolonglah .........916

.@blogger.com said...

Salam,
Ini posting yg baik sekali. Saya link kan dari blog saya dalam posting terbaru ~ bERANIKAN hATI

..nOWa.. said...

persoalan saya bertitik tolak daripada insiden speaker Sivakumar (ex..) mengarahkan Zambry dan lain2 exco keluar dewan..soalannya : 'apakah boleh Sivakumar mengarahkan seseorang yg so called MB oleh sultan perak itu keluar dewan?

Jumayatara said...

Jangan jadi BABI apa benda pun sondol....janji perut ada isi.

No War Pigs. Stupid.

YANG GAMBI said...

Apa nak dipersoalkan lagi, Menteri Besar dengan sendirinya gugur kalau dah tak de kerajaan..... tapi deme ni saja buat tak paham, nak ajar rakyat Malaysia kurang ajar dengan Raja-Raja di Malaysia.. Beruk Mak Yeh dah kemaruk tak dapat beruk betina.

SERATAH said...

Sebenarnya sivakumar dan pembangkang tau siapa yang sah siapa yang tak sah, tidak ada sebab
kenapa Zambri dan exco yang lain BN
di halau keluar atas alasan apa?. makamah telah memutuskan pengantongan zambri dan yang lain oleh sivakumar tidak sah, dengan itu zambri dan yang lain layak berada didalam dewan, kemudian zambri mencadang orang lain jadi speker, dan mendapat sokongan mejoriti, dengan sendiri sivakumar gugur sebagai speaker.itu pon tak reti lagi.dah gila kuasa macam itu lah.nak tunjuk keras keng, puak-puak ni memang keras kepala macam hindraf.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP