Kemenangan Nizar sebagai MB Perak ketika UMNO menyambut ulang tahun ke 63 sedikit sebanyak melukai hati orang UMNO.
Apatah lagi Nizar seorang 'boneka' mainan DAP yang mengikut apa sahaja telunjuk mereka terutamanya Nga dan Ngeh.
Sudah pasti kepimpinan PAS mengucapkan tahniah kepada Nizar. Maka secara automatiknya mengucap tahniah kepada DAP yang berjaya menyekat PAS untuk menubuhkan kerajaan Islam.
Walaupun kemelut politik melanda UMNO dan hati orang UMNO bagaikan hancur dirobek-robek namun mereka tenang menghadapinya.
"Masih ada ruang untuk parti, bukan kegagalan pertama UMNO" kata Datuk Seri Najib yang disiarkan dalam berita TV 1.
Dr Zambry pula menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar yang sah.
"Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka. Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan melalui Setiausaha Akhbarnya Mohd Nizam Isa.
Zambry juga meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) dan rakyat negeri Perak supaya bertenang dengan perkembangan berkenaan."Kita akan kemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat secepat mungkin," kata Mohd Nizam.
Mari kita ingatkan kembali sewaktu Nizar dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Suasananya sangat jauh berbeza ketika Zambry hilang jawatan Menteri Besar.
Ketika Nizar hilang jawatan, beliau dan penyokongnya bagaikan orang gila dan akhlak mereka sangat memalukan orang Melayu.
Siapa yang baring atas jalanraya untuk menghalang Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru kalau bukan orang Melayu.
Siapa yang mengadakan demontrasi jalanan berhampiran Istana Perak kalau bukan orang Melayu.
Siapa yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Sultan Perak kalau bukan orang Melayu yang paling ramai.
Persoalanya, sekarang Nizar menang kes dan diisytihar sebagai MB yang sah. Bagaimana pula kalau BN ditakdirkan menang selepas membuat rayuan. Adakah penyokong-penyokong pembangkang akan menerima keputusan itu dengan berlapang dada sebagaimana yang dilakukan oleh orang UMNO?
Ingatlah nasib orang Melayu kini dihujung tanduk dan suara mereka semakin kecil kerana tamakkan kuasa dan fitnah bermaharajalela.
Sungguh malang bagi orang Melayu kerana suara yang dulu kecil (golongan pendatang) kini menjadi penentu nasib kita.
No comments:
Post a Comment