Tuesday, May 19, 2009

Penanti : Strategi Makan Tuan

Marah sungguh pembangkang bila BN buat keputusan tidak meletakan calon dalam Pilihan Raya Kecil DUN Penanti.

Pembangkang anggap ianya adalah helah BN tetapi sebenarnya pembangkang takut jentera petugas pilihanraya Pakatan Rakyat bagi DUN Penanti memboikot pilihan raya kecil ini.

Keputusan BN untuk tidak meletakkan calon BN dalam pilihanraya kecil Penanti tidak akan menjatuhkan maruah dan imej parti itu dimata rakyat kerana itu adalah hak BN untuk meletakan calon atau sebaliknya.

(Kata Waris Pahang :

-Tindakan BN tidak bertanding di DUN Penanti adalah tepat kerana :
i. BN menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan.
ii. Merupakan satu permainan politik pembangkang.
iii.. Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja.


-PAS Permatang Pauh wajar meletakan calonnya kerana :
i. Pengundi PAS lebih ramai daripada PKR di Dun Penanti.
ii. Fairus meletak jawatan kerana hanya mahu sambung belajar.
iii. PAS sentiasa menjadi kuli kepada PKR untuk menang pilihanraya.

-Pengundi di DUN Penanti wajar tidak mengundi PKR kerana :
i. Sebagai tanda protes kerana mempermainkan kepercayaan rakyat.
ii. Pembangkang lebih mengutamakan politik daripada berkhidmat kepada rakyat.
iii. Pembangkang membazirkan masa dan wang rakyat sahaja).

7 comments:

ngape... nye said...

sdr warisan@Pahang, untuk mengetahui pendapat saya didalam hal seperti tajuk posting sdr diatas, sila lawati blog saya....terima kasih.

Waris Pahang said...

BN tidak bertanding di Penanti, kenapa BN diserang.

Nak bertanding, bertanding saja lah.

Moga jadi pengajaran buat pembangkang, jangan suka-suka nak letak jawatan.

mmo said...

salam tuan,

Ternyata Dato' Seri Najib mempunyai perancangan tersendiri dalam pilihanraya Penanti.

Sekian lama kita bermain'Game' yang di cipta oleh pembangkang,maka kali ini biarkan mereka menari dalam keadaan papan terjongkang jongkit dan dan tempo tari yang sumbang..

DSAI patutnya bimbang kambing hitam dah jadi harimau yang gagah perkasa.Lagi bimbang strategi beliau mengalihkan tumpuan rakyat dari kes liwat beliau,dipatahkan dengan mudah oleh DSTR.

Orang yang pernah jadi Naib Beliau lebih strategis dari beliau..

DSAI hanya menghitung hari-hari terakhir beliau..

PR=Pakatan Rapuh akan terkubur..

Hidup Melayu!! Hidup Melayu!! Hidup Melayu!! Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

HASMAWI said...

BAGUS JUGAK BN NI TAK BERTANDING DI PENANTI, BUANG MASA JE LAYAN POLITIK PKR NI TERUTAMANYA ANWAR BRAHIM.

APASAL PULAK PKR NAK KECOH BILA BN TAK BERTANDING, PATUTNYA SERONOK LE, TAK PERLU SUSAH2 NAK KUTUK2,FITNAH2 & MACAM2 LAGI KAT BN TU. MENANG FREE PULAK TAKKAN TAK MAU KOT...

CAYALAH DS NAJIB, AKU MEMANG SALUTE SAMA PM BARU KITA. INI BARU NAMANYA POLITIK "BUKU BERTEMU RUAS", KALAU PAK LAH DULU BOLEH LE, DIA TAK DAK SKILL NAK BERPOLIYIK NI.

BIAQ PI LA KAT PKR TO DOK MELALAK SORANG2 TERUTAMANYA ANWAR BRAHIM..... HA..HA..HA...

KEPADA PENGUNDI DI PENANTI... APA KATA ANDA SEMUA TAK YAH KELUAQ MENGUNDI, BIAQ PERATUS KELUAR MENGUNDI BAWAH 30%, KITA BUAT RECORD PULAK, KAN PR SELALU JE NAK BUAT RECORD BARU KAT MALAYSIA NI DLM POLITIK, ( LETAK JAWATAN SEBAB NAK SAMBUNG BELAJAQ….KAH..KAH…KAH…) APA SUSAH, KALAU YG MENYOKONG BN ATAU YANG DAH MELUAT PKR DAH TAK BOLEH NAK PILIH. PULAU PINANG KAN DIPERINTAH PAKATAN (DAP/PKR/PAS) TAKKAN LAH DEPA TAK MAU TOLONG RAKYAT PENANTI KOT.

EMANG said...

http://emang-psychotickiller.blogspot.com/2009/05/pkr-parti-lawak-dun-penanti-syok.html

Waris Pahang said...

Jom pakat pergi Penanti tengok PKR melalak bagai orang gila meroyan.

kelambuharimau said...

betul sangat dan tepat sekali keputusan BN kali ni..kita dengar je ape kempen calon bebas bekas ahli PKR tu tentang keburukan PKR nanti.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP