Dalam suratnya Tuan Ibrahim mengucapkan ‘takziah’ bukan 'tahniah' di atas perlantikan tersebut.
Tuan Ibrahim mengucap takziah di atas bebanan yang sedang dipikul oleh Jamil kerana menerima perlantikan sebagai menteri.
Inikah tingkahlaku seorang yang bergelar ulama. Tuan Ibrahim sepatutnya membantu rakannya. Pepatah Melayu ada mengatakan "Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Sama Dijinjing".
Tuan Ibrahim menyifatkan Jamil tidak lebih baik daripada Imam Ahmad Bin Hambal yang menolak perlantikan sebagai mufti kerana tidak meredai kezaliman Khalifah tetapi tidak pula sekejam Hajah Yusuf Al Thaqafi. Namun perumpaan ini sangat jauh bezanya jika dibandingkan perlantikan Jamil.
Tuan Ibrahim berkata, dengan menerima jawatan tersebut Jamil terpaksa meredai kemungkaran dan kezaliman kerajaan Barisan Nasional yang membenarkan kezaliman ISA dan lainya.
Namun apa yang dilakukan oleh kerajaan ialah menyeru "kebaikan dan mencegah kemungkaran". Tidak dapat dinafikan berlaku sedikit kelemahan yang mesti dikaji dan dibaiki dari masa ke semasa.
Jangan pula Tuan Ibrahim hanya nampak kelemahan orang lain sehingga terlupa kelemahan sendiri. Apa pembangunan yang Tuan Ibrahim bawa semasa menjadi ADUN Jengka?. Jika bukan kerana kelemahan Tuan Ibrahim sudah tentu kekal menjadi wakil rakyat sehingga sekarang.
Ceramah Tuan Ibrahim semakin lesu sekarang malah hanya menumpang populariti penceramah jemputan. Isu yang dimainkan pula adalah isu lama umpama kaset yang diputarkan semula.
Tuan Ibrahim lebih membela sekeping bendera yang dicabut daripada membela nasib rakyat di kawasan Jengka. Dulu Tuan Ibrahim semasa menjadi wakil rakyat tidak menghiraukan nasib peniaga di Pekan Matau.
Apabila ada pihak yang mahu membangunkan Pekan Matau bertujuan memberi keselesaan kepada peniaga maka Tuan Ibrahim diangkat sebagai hero kononnya membela nasib rakyat.
Jangan ingat orang PAS adalah malaikat yang tidak melakukan kesalahan. PAS menolak "kerajaan perpaduan" adalah satu kemungkaran kerana menolak umat Islam bersatu padu.
Tuan Ibrahim lupa bahawa ucapan "takziah" beliau adalah satu kezaliman. Tuan Ibrahim wajar memohon maaf kepada rakan karibnya.
Berikut adalah surat penuh Tuan Ibrahim kepada Mej- Jenderal (B) Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri didalam kabinet Dato’ Seri Najib Tun Razak.
SURAT TERBUKA BUAT JAMIL KHAIR BAHAROM.
Assalamualaikum wrh wbt.
Kepada sahabat lama Jamil Khair Baharom,Semoga Allah memberkati mu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihannya ke atasmu.
Terlebih dahulu Aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredai kezaliman khalifah.
Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf alThaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.
Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan ‘terpaksa’ menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam.
Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik.
Engkau akan terpaksa meredai kemungkaran yang diizinkan pemerentah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya.
Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.
Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tetanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa.
Kerana kamu dilengkungi oleh bukan ahlinya.Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan diakhrat.
Wassalam.
Sahabat Lama;Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sumber : http://darigaunghati.blogspot.com/
2 comments:
Tuan Ibrahim Tuan Man dulu sebelum masuk Pas selalu berceramah di pangil oleh UMNO masa tu dia bercita cita nak jadi wakilrakyat UMNO tetapi UMNO tak lantik nya dia
di pinang oleh Pas masa tu kalau nak bertanding jadi wakil rakyat masuk Pas kerana Pas masa tu tak adaorang yang berkebolihan, maka Tuan Ibrahim pon terus menerima, seperti Nik Aziz, masa tu dia Guru
agama dalam kemas mengajar kesana sini, tetapi masa tu kata Dato Asri
suruh pergi tanya Nik Aziz nak Masuk betanding atau tak, Nik Aziz kata amo tak ada duit, Dato Asri tanya nak bertanding atau tak ndak, Nik Aziz kata kalau lagu tu amo setuju, malam itu tulis borang calun dan malam tu juga tulis borang masuk Pas.sama jugalah dengan Tuan Ibrahim kalau ditawarkan bertanding didalam UMNO tentu Tuan Ibrahim setuju.
Kawan pun pelik dengan sorang ni, mendakwa diri ulama, dapat Dato' pun masa duk dalam UMNO. Ceramah kehulu kehilir bersama UMNO, bila tawar jadi calon YB je terus masuk PAS.
Ini lah ulama yang diagung2kan oleh orang2 PAS, apa ? ulama dalam PAS bertaraf wali ke ? macam Mat Sabu, Anuar Ibrahim ulama bertaraf wali ke ? orang PAS ni, asal masuk je parti deme maka dapat gelaran ustaz, tak kiralah sapa, penyangak ke, penipu ke, perogol ke, penzina ke janji masuk PAS pasti dapat gelaran ustaz. Awak pun SERATAH kalau nak dapat gelaran ustaz, masuklah PAS, ceramah lebih kurang, baca ayat Quran sikit dapatlah gelarana ustaz. Macam cina dari Perak tu, baca je ayat Quran, tak yah masuk Islam, deme dah panggil ustaz.... kah...kah..kah
Kepada Tuan Ibrahim, awak bergelar Tuan Guru, dihurmati umat Islam tak kiralah UMNO atau PAS, sepatutnya beralaslah bila bercakap, jangan terlalu riak dan takbur......
Post a Comment