Esok Mungkin Dia Kata Najib Yang Cabar Dia.
Itulah Nasib Kerajaan Perpaduan
DEBAT HANYA BUANG MASA SAHAJA.
Cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kekalutan politik antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang dianggap membuang masa.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata cadangan itu tidak membawa sebarang erti dalam menyelesaikan sebarang isu termasuk cadangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh parti pembangkang itu.
“Sebaliknya adalah lebih baik untuk bermuafakat daripada berdebat kerana anggota PAS dan UMNO terdiri daripada kumpulan bangsa dan agama yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Kampung Gagu dekat sini hari ini. Sumber : Utusan Malaysia.
(Kata Waris Pahang :
Debat ini tidak ubah seperti terompah kerana tidak menjanjikan apa-apa perubahan dan keputusan kerana tiada hala tuju dan matlamat yang jelas untuk berdebat.
Debat bukanlah sesuatu yang hanya suka-suka untuk diadakan. Debat kadang-kadang disalahgunakan oleh orang yang terdesak untuk menutup malu dan mengambil kesempatan untuk mendedahkan aib orang, organisasi dan institusi di khalayak ramai.
Barangkali sudah menjadi perangai dan budaya orang Melayu yang suka bertelingkah sama sendiri namun hanya menghasilkan natijahnya cakap kosong sahaja.
Adakah orang Melayu akan bersatu selepas menyaksikan debat ini? Sudah pasti tidak, maka sesuailahlah dinamakan 'debat terompah' sahaja kerana ia tetap begitu tanpa sebarang perubahan dan beku.
Debat ini jika diadakan pastilah hangat dan mendapat perhatian dan liputan meluas media. Bilangan penontonnya akan mengalahkan rancangan Akademi Fantasia.
Namun debat terompah akan kekal dengan sifat terompahnya, bila berjalan bunyinya kuat tetapi terompah yang telah menempuh pelbagai zaman sejak dahulu masih kekal dengan bentuknya.
Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabery Chik pernah berdebat namun apa natijahnya?. Adakah orang Melayu bersatu selepas menyaksikan debat ini?.

Apa yang kita saksikan selepas perdebatan itu, penyokong masing masing mendabik dada kononya pemimpin mereka telah berjaya memberi serangan TKO mengalahkan hujah lawan).
4 comments:
Salam,
Biasa a Idea pembangunan takde ashik nak debat, buat janji, PRK...
kalau nak berdebat juga, saya cadang debat dulu dgn karpal singh yang tolak negara Islam.
Kemudian debat sahaja dgn Anwar kenapa dia dan penyokongnya tidak masuk sahaja PAS.
Koi dah naik muak ngan Nik Aziz, Koi cadangkan kepada pemimpin UMNO usah dilayan orang tua yang dah nyanyok. Banyak lagi urusan penting yang harus UMNO buat selain melayan kerenah golongan munafik ini...
Nik Aziz Punahsihat PAS, percayalah wahai orang PAS.
Parti PAS kini sudah tersasar jauh selepas bersama PKR dan DAP.
Post a Comment