Pada 8 Julai 2009 akan datang penghujahan akan bermula berhubung perbicaraan kes liwat kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua pihak menunggu untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan kali kedua ini yang begitu hebat di perdebatkan di pentas-pentas politik dari Permatang Pauh hingga ke White House.
Badan Perundangan dan Kehakiman Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia dan kesempatan ini perlu digunakan untuk memperlihatkan kewibawaannya yang sering kali dituduh dikuasai oleh kerajaan.
Sebelum hakim sebenar membuat keputusan, masyarakat umum akan menjadi hakim untuk menilai adakah ia satu konspisrasi sebagai mana yang didakwa atau realiti yang tersembunyi.
Fakta - Penghakiman Kes Lalu
Mengimbau perbicaraan yang berlangsung pada tahun 1998 dan 1999 yang mana Anwar bersama adik angkatnya Sukma Dermawan dituduh meliwat Azizan Abu Bakar dan dijatuhi hukuman 9 tahun penjara pada 2 Ogos 2000.
Dalam rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut Anwar telah menang namun hujah-hujah Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Hamid Mohamad, Hakim Mahkamah Rayuan, Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datin Paduka Rahmah Hussain begitu mengejutkan dengan membuat rumusan:
"Walaupun sudah membaca rekod rayuan tersebut, kami menjumpai bukti menunjukkan bahawa pihak perayu (Datuk Seri Anwar dan SUKMA) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung ke arah mempercayai bahawa tuduhan insiden di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang-kadang, mahkamah ini, sebagai mahkamah perundangan, hanya dapat menyabitkan mereka sekiranya pihak pendakwa berjaya membuktikan insiden tersebut seperti tercatat dalam pertuduhan, tanpa sebarang keraguan, bukti yang boleh diterima dan bersandarkan asas prinsip undang-undang. "
"Azizan menyatakan yang dia terpaksa menyerah dirinya untuk diliwat 1 atau 2 kali kerana ketakutan tetapi bukannya sebanyak 10 hingga 15 kali selama beberapa tahun. Azizan bukan kanak-kanak atau tidak berupaya. Waktu dalam keadaan begitu pun, apabila bertemu dengan perayu pertama di sana, dia patut tahu yang perayu pertama ingin meliwatnya. Kenapa dia tidak pergi sahaja. Sebaliknya, dengan sedikit isyarat, dia pergi ke bilik tidur, seolah-olah tahu apa yang dilakukan terhadapnya. Dia tidak melakukan sesuatu untuk mempertahankan dirinya. Berdasarkan penghakiman kami, Azizan juga bersubahat, walaupun bukan sepenuh hati".
5 comments:
Anwar memang sudah suka main belakang, apa lagi nak dikato....
Tapi, puak-puak PR anggap tu satu fitnah, dan anggap Anwar wira perjuangan " Laksamana Hang Juburi "
tERIMA KASIH YANG GAMBI KERANA BERI KOMEN
Berani kerana benar takut kerana salah.
Kenapa Anwar takut?.
Apa la liat sangat die ini. Macam-macam alasan tak malu ke kat isteri dan anak-anak. Azizah telan jua walupun pahit. Doa la banyak -banyak supaya Anwar ditunjukkan Allah jalan yang benar.
Terima kasih geecantik,
doakan juga supaya Allah tunjukkan kebenaran dalam kes liwat Saiful.
Orang macam anwar ni kena ejam dengan batu jek..selepas dia dibebaskan oleh pak lah keadaan ekonomi melaysia makin teruk..bawak bala dia nih
Post a Comment