Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh (gambar) hari ini meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.
Hasrat Pas untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada Pas sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Karpal berkata, Pas sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sumber : Utusan Malaysia
(Kata Waris Pahang :
-Umpama orang meminang, sudah ditolak tetapi mahu juga. Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada PAS.
-PAS setia dengan DAP tetapi ditolak kerana berhasrat mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dan mendirikan Negara Islam.
-UMNO pula sedia berunding dengan PAS untuk membentuk Kerajaan Perpaduan demi Perpaduan Ummah dan Negara.
-Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendirian peribadinya untuk terus menolak cadangan mengadakan sebarang rundingan atau menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.
-Barangkali baginya bekerja dengan orang kafir lebih baik daripada bekerja dengan UMNO. Ini menunjukan PAS bergantung harap kepada DAP daripada bekerjasama dengan UMNO.
-Umat Islam sekarang keliru apabila seorang ulama menolak perpaduan yang digalakan oleh Islam sehingga ada yang mengatakan "Nik Aziz Islam Jenis Ape".
-Semoga Allah merahmati kamu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang).
5 comments:
Pas ni patut sedar dorang kena tindas.. tapi sampai sekarang tak nak mengaku.. lebih gemar dorang berkerja ngan Parti yang tidak memperjuangkan hak orang melayu .. UMNO tu parti melayu.. patutnya mereka membincangkan dengan lebih serius ttg UG ni.. buat apa nak libatkan DAP n PKR yang tidak memberikan apa2 faedah terhadap mereka?
PAS dah retak menanti belah, dan terus pecah membarah hingga tunggu untuk ditalkin kan...huhu
salam
Pas seperti Telan mati emak luah mati bapak, dalam menentukan kedudukan kerjaan Perpadua dengan Umno, kerana diasak oleh PR seperti DAP.
Tetapi seperti saranan Ketua Pemuda Pas Pakatan Pembengkang jangan melatah bicara gagasan kerjaan perpadua.
Ketua Pemuda Pas berkata peluang perlu diberikan sepenuhnya kapada
Hj. Hadi untuk memberi penjelasan dan bukan perbahasan berdasarkan sentimen dan emosi.
Cetusan idea kerjaan perpaduan ini dibuat secara ilmiah iaitu dengan
bersandarkan nas serta dalil didalam islam. kata Pemuda Pas.
Fahaman sesetengah mereka kerjaan perpaduan Pas menyertai UMNO, tetapi tidak, ianya sepertilah dengan 1 malaysia, tak sama dengan
meleysen malaysia. bagitulah dengan
kerjaan perpadua Pas tidak menyertai UMno, cupa kerjasama macam kerja sama Pas dalam PR.
Nik Aziz sudah dibutakan mata dan dipekakkan telinganya oleh Anuar Ibrahim, sebab itu dia tak setuju dengan cadangan ini.
Salam Warisan Pahang..
Karpal berkata, Pas sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tetapi Karpal sudah lupa mereka telah " menganaktirikan " Pas macam budak suruhan. Pas dilayan macam hamba ataupun ahli Pakatan Rakyat kelas ketiga. Dan Pas sudah lama sedar mereka bukan parti dominan dan disebabkan oleh inilah Ustaz Hadi mahu kepada Kerajaan Perpaduan...cuma ada orang2 tertentu dalam Pas yang menolak mentah2 idea ini disebabkan terlalu sayangkan Al-Juburi dan mata sepek Kit Siang? Wallahuallam.
Salam perjuangan
Terima Kasih Media Siber, Putra Merdeka, Seratah dan Torasah kerana mengutarakan komen.
Susah betul Nik Aziz mahu berunding dengan UMNO, sedangkan nabi maafkan umatnya inikan pula Nik Aziz.
Apa yang dia mahu sebenarnya?. Umat Islam hancur atau negara jadi padang jarak padang terkukur.
MUNGKIN DIA MAHU MENANG SORAK JE KOT DAN KAMPUNG TERGADAI
Agaknya sekarang Nik Aziz menyesal kerana tidak bertanding jawatan Presiden PAS.
Post a Comment