Monday, June 29, 2009

Rakyat Menyampah Debat Sampah

Debat terbuka tidak dapat menyelesaikan masalah orang Melayu atau kemelut antara UMNO dan Pas. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, debat bukan pendekatan terbaik kerana boleh menimbulkan masalah lain jika diadakan secara terbuka.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan agar UMNO dan Pas bertemu dan berbincang untuk meredakan ketegangan atau mengelak perpecahan yang lebih serius dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

“UMNO dan Pas perlu bertemu dan berbincang mengenai apa-apa masalah yang timbul pada hari ini atau yang ada kaitan dengan bangsa dan agama. Tiada guna mereka terus berselisih faham.

“UMNO dan Pas boleh bercanggah pendapat dan pendirian tetapi apabila berkaitan isu orang Melayu dan Islam, mereka perlu duduk dan bincang bersama-sama,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat agung MCA bahagian Kepala Batas di Hotel Seri Malaysia di sini, semalam. Sumber : Sinar Harian.

(Kata Waris Pahang :

-Nik Aziz sebagai ulama PAS tidak sepatutnya mengajak Najib berdebat. Sepatut orang yang bergelar ulama ini mengajak Najib berunding dan berbincang mengenai agama Islam dan permasalahan umat.

-Namun ulama sampah ini yang sesat di dunia politik ini seperti buang tabiat untuk berdebat selepas dikecam hebat kerana mendakwa UMNO sama seperti ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng.

-Mungkin bagi ulama sampah ini Lee Kuan Yew, Anwar dan Lim Kit Siang sahaja yang baik. Sudah lupakah Nik Aziz, DAP menolak Negara Islam dan Anwar menyokong kepulangan Chin Peng.

-Bersekongkol dengan mereka adalah seperti menyokong mereka. Berdebat bukanlah jalan terbaik menyelesaikan kemelut PAS-UMNO.

-Disebalik mengajak berdebat, Nik Aziz sempat lagi memukul UMNO dengan kata-katanya : "UMNO mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam, Presiden UMNO sebagai pemimpin sekular maka kita berdebat. Ini secara nabi-nabi, contohnya Nabi Ibrahim berdepan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan Abu Jahal," ujarnya.

-Berdebat dengan ulama sampah ini hanya membuang masa sahaja. Beliau hanya sekadar mahu membuktikan yang beliau ini jaguh di mata penyokong taksub mereka.

-Barangkali beliau mengajak Najib berdebat atas nasihat orang belakangnya iaitu PKR dan DAP. Apabila Najib menolak maka puak gedebe ini akan melagukannya di seluruh Malaysia. Inilah budaya samseng politik yang diajar oleh ulama sampah ini.

-Jangan buang masa berdebat dengan ulama sampah ini kerana banyak lagi perkara yang lebih penting daripada berdebat ini yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan segera. Melayan ajakan ulama sampah ini seperti mengiakan pepatah Melayu “menang sorak kampung tergadai”).

7 comments:

Unknown said...

btui3..buang masa jer debat ngan org camtu..baik kita cr strategi camne nk dapatkan keyakinan orang Melayu..Jangan jadi Melayu mudah lupa..

WARIS PAHANG said...

Nik Aziz rasa dia boleh hidup 40 tahun lagi, sbb tu dia tak takut tuhan agaknnya?.

Lin said...

salam

saya sokong pandangan saudara dalam isu yang diketengahkan

malah lebih buruk dari itu lagi...

salam

Ashley Ahmed said...

Salam,

secara halus dia mengkafirkan UMNO, sbb sesama Islam kt bermusyawarah, dgn firaun dan namrud sj kt berdebat.

poyosede said...

Adakah patut samakan UMNO ngan Firaun,Namrud dan Abu Jahal. Ape Nik Aziz ingat dia nabi ke.. Bawak-bawak bertaubat la sebelum terlambat dah la kubur kata mari.. umur macam Nik Aziz dah patut bersara daripada menambah dosa...

WARIS PAHANG said...

debatlah sorang2, najib tak sudi.

adf55650 said...

Salam,
Banyak lagi keje Najib nak buat untuk negara. Nik Aziz ni lain le. Bukan ade buat ape2 pn. Duduk di pejabat MB goyang kaki. Perihal negeri, rakyat la yang pandai2 nak hidup. Bila rakyat bertanya ini takde, itu tak cukup, Nik Aziz cuma cakap Kerajaan Pusat tak bagi. Nudah aje keje Nik Aziz ni. Sebab tu banyak masa nak berdebat.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP