Kali terakhir Batu Caves dikunjungi Perdana Menteri ialah ketika Tun Hussein Onn kira-kira tahun lalu. Bagaimanapun pada Ahad, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meneruskan tradisi itu malah bapanya, juga pernah melawat kawasan kuil Batu Caves.
Namun, lawatan khas Najib lebih kepada membuktikan itulah hasrat dan matlamatnya apabila melancarkan konsep 1Malaysia selepas dilantik Perdana Menteri, April lalu.
Dalam ucapannya di majlis yang ada kaitan dengan konsep itu, beliau menjelaskan kehadirannya ke Batu Caves yang menempatkan kuil utama penganut agama Hindu di negara ini adalah bukti pelaksanaan 1 Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Katanya, mesej itu penting untuk dihormati satu sama lain serta percaya Konsep 1 Malaysia.
Lebih 3,000 orang sebilangan besar masyarakat keturunan Hindu menyambut kehadiran Perdana Menteri dan mereka tidak berganjak untuk mendengar ucapan Najib walaupun hujan gerimis.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan membantu membangunkan persekitaran Batu Caves sebagai kawasan pelancongan yang juga jadi simbol pembangunan negara.
Selain itu katanya, kerajaan tidak pernah mengabaikan masyarakat India di negara ini malah baru-baru ini memberikan RM100 juta bagi tujuan pendidikan termasuk membina sekolah Tamil di Batu Caves.
Najib turut berjanji mengunjungi Batu Caves ketika perayaan Thaipusam kelak sama seperti pernah dilakukan arwah bapanya Tun Razak dahulu.
(Kata Waris Pahang :
-Sambutan mengalakkan dan meriah yang diberikan oleh masyarakat kaum India di atas kehadiran Perdana Menteri ke Batu Caves telah menyebabkan pembangkang resah.
-Kedatangan PM tidak sama dengan kedatangan pembangkang kerana kedatangan PM ialah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah konsep 1Malaysia.
-Manakala kedatangan pembangkang ialah menghasut rakyat dan mengajak rakyat berpecah belah melalui demontrasi jalanan.
-Kedatangan PM juga adalah 'kedatangan berisi' iaitu memaklumkan kerajaan telah membelanjakan RM100 juta untuk tujuan pendidikan dan membina sekolah Tamil. Kerajaan juga akan menaik taraf persekitaran Batu Caves sebagai kawasan pelancongan.
-Kedatangan pembangkang hanya menaburkan isu-isu sahaja dan mungkin yang lebih utama bagi mereka 'itu karung kena isi wang lah'.
-Slogan yang sesuai bagi pembangkang "Ceramah Didahulukan Tabung Diutamakan").
6 comments:
terima kasih..
Insya-Allah kita sama2 menghapuskan pengkhianat bangsa melalui alam cyber..
Hidup Melayu!!
Ideologi songsang pengkhianat bangsa mesti dihapus.
Jangan biarkan cucu cicit kita menangis, melarat dan merempat pada suatu hari nanti.
Perbaiki kesilapan daripada sekarang.
ni la yang pakatan pembangkang takut sangat. kali ni umno/bn jgn bagi muka dah kat pengkhianat2 bangsa n agama ni bertapak kat bumi bertuah ni . kita pakat bagi mati n tanam mereka untuk selama2nya
ni la yang diaorang takut sngat. lps ni jgn kasi can dah kita balun cukup2 pengkhianat bangsa n agama ni kita hapuskan dari bumi malaysia yang bertuah ni . hidup islam hidup melayu dulu kini n selamanya
Ayuh Kita bangkit tentang pengkhianat bangsa.
Mereka sedang bina bahtera Pakatan Pembangkang yang dikapten oleh pengkhianat bangsa.
Bila bahtera sudah siap dan penuh, percayalah kapten dan pengikutnya ditolak ke laut.
Post a Comment