Kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 telah membebaskannya daripada belenggu penjajahan Inggeris.
Pemisahan Singapura daripada Malaysia adalah satu-satunya jalan keluar paling baik demi perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik antara Kerajaan Malaysia yang dikuasai Parti Perikatan dengan Parti Tindakan Rakyat yang berkuasa di Singapura. (Sumber : Sinar Harian)
(Kata Waris Pahang :
-Waris Pahang telah menghadiri satu program 'Sejenak Bersama Tun Dr. Mahathir' yang dianjurkan oleh MUBARAK di Dewan Utama Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan pada 02.08.2009 (Ahad).
-Tun Dr. Mahathir dedahkan kenapa Lee Kuan Yew tidak mahu bertemu beliau ketika berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.
-Tun menceritakan semasa beliau masih menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Singapura tetapi agak mendukacitakan kerana beliau disambut oleh protokol Singapura bukan LKY sendiri yang menyambutnya sebagaimana sambutan biasa pembesar-pembesar negara bila mengadakan lawatan.
-Apabila sampai ke pejabat LKY, beliau diminta pula tunggu di luar pejabat LKY selama 10 minit sebelum dibenarkan masuk bertemu LKY. Dia buat Tun macam orang entah mana-mana mari nak jumpa dia.
-Tun Mahathir membalasnya apabila LKY pula membuat lawatan ke Malaysia. Sememangnya orang yang biadap seperti LKY perlu diajar, padan muka dia.
-Maka sebab itulah agaknya LKY tidak mahu mengadakan pertemuan dengan Tun semasa lawatan LKY ke Malaysia baru-baru ini.
-Kerajaan Negeri Pahang telah menyambut baik kedatangan LKY ke Negeri Pahang sebagai tetamu baru-baru ini.
-Namun perkara yang mendukacitakan ialah kebiadaban pegawai-pegawai dari Singapore, sila baca petikan di bawah dari laman blog http://dongtalk.blogspot.com/
-"Semasa pertemuan rasmi YAB Menteri Besar serta anggota pentadbiran kerajaan negeri dengan rombongan Lee Kuan Yew, kerenah pegawai-pegawai dari Singapore memang sebagai yang diduga. Mereka cuba mengambil alih tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dari Pahang. Mereka yang membuat kawalan siapa yang boleh menghampiri Lee Kuan Yew dan siapa yang yang boleh masuk ke dalam bilik tempat pertemuan; sehinggalah kesabaran sampai ke batasnya dan saya terpaksa mencampurinya dengan membuat “takeover” daripada mereka pula. Mereka hanya mahu pegawai dari Singapore sahaja yang berada dalam bilik pertemuan secara tertutup itu dan semua yang lain perlu keluar. Saya hanya gunakan kata-kata “You stay I’ll stay, you jump I’ll jump” dalam nada yang amat serious kepada pegawai Cina dari Singapore itu dan beliau mengalah. Maka tinggallah saya dengan seorang pegawai Cina itu didalam bilik pertemuan yang tertutup itu".
-Ini bermakna bukan LKY sahaja biadab malahan anak buahnya juga biadab. Kedatangan LKY ke Negeri Pahang sebenarnya 'membuang tabiat' sahaja).
3 comments:
salam
bangsa yang bergelar rakyat singapura ni memang jenis bangsa yang suka memandang rendah orang lain...
lain kali dia datang ke Pahang jangan layan manusia macam ni...
dia yang nak kan kita bukan kita yang harap apa2 kat dia
salam
Salam,
Hasil darri lawatan LKY itulah maka DAP sekarang sudah berani kurang ajar. PAS pula takut nak tegur, sebab LKY dah janji dengan Nik Aziz akan jadi Presiden Malaysia......
Sebab itu bila UMNO sahut idea kerajaan perpaduan Nik Aziz melenting, sebab UMNO tetap mempeertahankan Raja-Raja Berpelembagaan......
Apa jasa LKY kepada negara Malaysia?.
Barangkali LKY datang ke Malaysia kerana terasa seronok sebab orang Melayu sendiri dah termakan dengan agenda DAP dan Komunis
Post a Comment