Tuesday, August 25, 2009

N11 PRK Permatang Pasir : Peringatan Terakhir Sebelum Mengundi


KENYATAAN AKHBAR KEDUA YUSRI ISAHAK – 23 OGOS 2009

Tujuan saya untuk bertemu pihak media adalah untuk menjelaskan beberapa kekeruhan yang timbul akibat penampilan saya minggu lalu. Saya mendapat banyak reaksi dan spekulasi daripada pelbagai pihak.

Jadi saya tampil untuk menjelaskan bahawa kenyataan akhbar tersebut diadakan dengan iniasiatif saya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ianya dibuat untuk membersihkan nama baik saya dan keluarga. Untuk itu, saya mempertahankan segala kenyataan yang saya buat sebelum ini.

Di pihak saya, saya menganggap kes ini sudah pun selesai. Namun apa yang saya perhatikan, sejak 20 Ogos yang lalu, pelbagai tohmahan telah dilontarkan yang mana menyimpang daripada tujuan asal saya membuat kenyataan akhbar. Keadaan ini membuatkan saya terpanggil untuk membuat sidang akhbar ini kerana saya merasa sedih melihat serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat.

Secara tidak langsung saya merasa dibabitkan sama di dalam usaha-usaha memburuk-burukkan Rohaizat. Tetapi apabila keadaan semakin buruk dan Rohaizat dikeji sedemikian rupa, saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kedudukan saya selanjutnya dan juga menyampaikan apa yang saya rasa.

Saya tidak boleh berdiam diri apabila melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati.

Saya juga sedar walaupun dia telah melakukan kesilapan, dia telah membetulkannya dan pihak Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang juga telah menarik balik tuntutan mereka terhadapnya. Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang telah terjadi harus dijadikan tauladan, bukan hukuman.

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, Rohaizat adalah kawan saya, saya tahu hati budinya dan dia anak jati Permatang Pasir. Dia sendiri telah lama menabur bakti di sini. Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

Semasa saya tampil ke hadapan tempoh hari ialah kerana saya merasa marah dan kecewa kerana saya dijadikan kambing hitam di dalam kes yang membabitkan Koperasi itu. Kerana itu kenyataan terbuka dibuat semata-mata untuk mempertahankan diri saya dan menjelaskan apa yang telah berlaku. Malangnya, usaha saya untuk menjelaskan kedudukan saya di dalam kes itu telah digunakan untuk menghentam dan memburuk-burukkan Rohaizat habis-habisan.

Saya yakin akan timbul tuduhan bahawa saya mendapat ganjaran dan habuan untuk tampil membuat kedua- dua kenyataan akhbar ini. Sebanyak mana wang dan harta dunia sekalipun tidak akan dapat membeli saya untuk menggadai bangsa, agama dan negara saya.

Sebagai seorang Islam dan warganegara yang bertanggungjawab, saya cuma ingin menyatakan apa yang berlaku, tanpa takut atau mengharapkan balasan ataupun dieksploitasikan oleh mana-mana pihak.

Saya percaya rakyat mengharapkan budaya politik yang sihat dan mencerminkan kematangan bangsa yang telah merdeka selama 52 tahun. Pembangunan dan kestabilan negara yang telah dicapai selama ini tidak harus dilupakan begitu sahaja.

Tujuan kenyataan akhbar saya ini bukanlah untuk mendapat publisiti atau untuk mana-mana pihak mengeksploitasi apa yang terjadi. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak agar sama-sama bermuhasabah diri dan menghindarkan sengketa sesama kita.

Janganlah kita keji-mengeji, hina-menghina, fitnah - memfitnah sesama Islam kerana ia akan mendatangkan perpecahan yang boleh mengancam kepentingan kita bersama.

Percayalah, di dalam bulan Ramadan yang mulia ini apa yang saya lakukan adalah kerana desakan hati nurani saya.Sekian terima kasih.Yusri Ishak.

(Kata Waris Pahang :

-Terima Kasih pembangkang kerana kecaman yang anda lakukan telah menimbulkan rasa simpati pengundi kepada Rohaizat.

-Permatang Pasir bakal menjadi 'Anak Emas', pengundi mestilah merealisasikannya. Biarlah apa orang kata yang penting masa depan penduduk Permatang Pasir terbela.

-Calon PAS, Salleh Man masih lagi didesak oleh pengundi supaya mengumumkan apakah pembangunan yang akan dibawa di Permatang Pasir. Jika setakat hanya menjanjikan pentas ceramah dan caci maki maka eloklah pengundi beri kemenangan kepada BN sahaja).

2 comments:

Ashley Ahmed said...

Salam,

X sangka PAS boleh pergi sejauh itu di bulan mulia ini.

WARIS PAHANG said...

mmm PAS memang hamPAS

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP