Budaya Khabar Angin
Di Dalam Kotak Pembangkang
Keistimewaan Ismail sebagai pakar ekonomi
YB Senator Prof Datuk Dr. Ismail Md. Salleh meninggal dunia semalam. Penulis sempat bercakap di telefon dengan Dr. Wan Ali Wan Mamat bekas Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia yang juga jiran Allahyarham tentang kematian mengejut beliau.
Menurut Wan Ali, arwah menghembuskan nafas terakhirnya di bahu isterinya ketika dalam penerbangan pulang dari China ke Singapura pagi semalam. Beliau meninggal pada usia 62 tahun.
Allahyarham Ismail telah meninggalkan pelbagai rekod yang sungguh cemerlang sepanjang kerjayanya sebagai seorang ahli akademik dan pakar ekonomi.
Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Twintech Holdings dan menjadi Naib Canselor, Twintech International University College dan Pengerusi PPP Resource & Advisory Centre.
Ismail anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan graduan sarjana muda sains dalam bidang ekonomi dan sains politik daripada State University of New York pada 1973.
Beliau kemudian menerima ijazah sarjana sains (ekonomi) pada 1974 dan Ijazah kedoktoran pada 1977 kedua-duanya daripada University of Illinois.
Kerjayanya sebagai ahli akademik bermula di Jabatan Analisa Ekonomi dan Dasar Awam, Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jun 1977 sebelum mengetuai jabatan tersebut pada 1981 selama tiga tahun. (Sumber :Utusan Malaysia).
(Kata Waris Pahang :
-Salam takziah untuk keluarga Senator Profesor Dr Ismail Salleh. Sama-samalah kita sedekahkan Alfatihah.
-Ketika orang ramai bersedih atas pemergian beliau ada pihak yang ambil kesempatan untuk mensensasikannya bertujuan untuk mendapat 'publisiti murahan'.
-Hendak meluat Waris Pahang dengar khabar angin yang mengatakan Ustaz Dato' Ismail Kamus meninggal dunia.
-Ini bukan kali pertama khabar angin tersebut disebarkan sebaliknya ianya pernah disebarkan pada suatu masa dulu yang mengatakan Ustaz Dato’ Ismail Kamus meninggal dunia di hadapan kaabah.
-Lain kali pembangkang siasatlah dulu samada berita yang disebarkan melalui SMS betul atau sebaliknya.

-Begitulah juga perkara-perkara lain, jangan ambil kesempatan untuk kepentingan politik dan parti).
3 comments:
Salam, perangai puak-puak ini tak kira siapa, sentiasa mengharapkan orang lain mati, sebab itu banyak wakil-wakil rakyat dia orang mati....
Bulan ramadhan yg mulia ini pun ada yg sebar khabar palsu.
Bawa-bawalah bertaubat.
Salam,
semoga dicucuri rahmat kepada roh yang meninggal dunia di bulan ramdhan, AlFatihah...
Post a Comment