Masyarakat Kaum Cina Triang Pahang memegang lilin
bagi memperingati kematian Beng Hock
Kenapa Anwar dan Azmin tunduk?.
Nizar pegang lilin, Ulama PAS terus membisu.
(Kata Waris Pahang :
- Nizar telah mewujudkan kegusaran dikalangan umat Islam dan mewujudkan salah faham apabila memegang lilin (lihat gambar).
-Namun selepas itu Anwar dan Azmin dilihat lebih dahsyat kerana tunduk bagi memberi penghormatan di atas kematian Teo Beng Hock.
-Nizar, Anwar dan Azmin sepatutnya tidak perlu mengikut amalan yang dilakukan oleh penganut agama lain. Kehadiran mereka sebenarnya sudah merupakan satu penghormatan.
-Apa yang dilakukan ini berkemungkinan kerana terlalu hormat atau mencari poplariti demi kepentingan diri dan politik.
-1Malaysia tidak menghalang mana-mana penganut agama mengamalkan ajaran agama mereka berdasarkan kepada perlembagaan Malaysia bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dalam keamanan dan harmoni.
-1Malaysia bukan beerti tiada lagi agama, semua agama disatukan dan mengatasi perlembagaan.
-Kita sebagai orang yang beragama Islam tidak sewajarnya mengikut amalan penganut agama lain. Pembelaan ke atas Beng Hock kini disambut dengan upacara nyalaan lilin sangat mengejutkan umat Islam dan ulama mesti mengeluarkan fatwa supaya amalan ini tidak menjadi budaya baru umat Islam.
-Nizar, Anwar dan Azmin mesti bertaubat).
7 comments:
Salam saudara,
betul tu..Anwar dan Azmin lebih dasyat dan lebih teruk. Kalau saya pun tak akan sanggup untuk menunduk kepala kepada benda-benda syirik begitu.
Saudara nak tau apa benda yang terletak atas meja tu, ok..saya senaraikan... satu botol arak chap PG, kayu colok yang telah dihidupkan, lilin yang telah dinyalakan, dalam bungkusan plastik tu duit kertas untuk dibakar(kononnya untuk bekalan si mati untuk membeli makanan, baju, seluar, selipar, kasut, berus gigi, minyak rambut dan sebagainya..kononnya lah tu)serta makanan yang lain-lain lagi...kemungkinan ada juga daging babi ditaruh kat sana.
Jadi, apa kedudukan atau status akidah Anwar, Azmin serta kangkung-kangkung PAS yang turut serta dalam upacara itu???
bagus maklumat tuan ini, baru ini saya tahu apa yg ada atas meja tu.
Kita sangat bimbang kalau ianya menjadi budaya umat islam dan ulama pula mengatakan ini 'perkara biasa' sahaja.
Matlamat menghalalkan cara beb...semua boleh buat, asalkan keh dapat sokongan politik. Rodong tak tahu ke.. lepas ni nak perintah Malaya kenalah tunjuk.. semua barua-barua tu boleh tunduk depan colok walaupun kupiah putih atas kepala..
Janji AKU berkuasa dan dapat jadi PM...muahhaaahhhaaaa... ..
Ulamak pas wat gapo haa? oghe lain smuo tokbuleh, kalu puok demo tu buleh blko walau akidah tepesong..
Dah masuk hampir seminggu umat islam keliru.
Adakah jawapannya 'Lu Pikir Lah Sendiri'?.
kalau hukum dibolehkan, adakah ulama PAS akan sanggup melakukannya?.
Itulah pembangkang ni,
semua BN buat salah. Mintak suruhanjaya siasat kes kat selangor, bila kerajaan buat suruhanjaya tak betul jugak. Yang betulnya mereka saja. Ni ada masalah psychology ni.
PAS? tak payah tunggu la mereka bagi fatwa bila kesalahan sebelah mereka yang buat. Kalau jawab pun dengan soalan jugak. Jenis keras kepala taksub dengan diri sendiri.
Rasanya mereka sanggup gadaikan apa saja ni, agama, akidah asal dapat kuasa. Gilo punya orang
Post a Comment