"Saya juga berharap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak menyatakan mutu bola sepak di negara ini sudah dipulihkan dan meningkat. Maklumlah, bila Barisan Nasional (BN) kalah tipis di Manek Urai baru-baru ini, Najib mendakwa kekalahan tipis itu membuktikan keyakinan rakyat kepada BN sudah dapat dipulihkan..."
"Oleh kerana pasukan Malaysia memakai jersey biru ketika bertemu MU semalam, Mahfuz berharap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendakwa bahawa sudah terdapat petanda kebangkitan semula "gelombang biru" melanda sukan bola seluruh dunia ketika ini..."
"Oleh kerana pasukan Malaysia memakai jersey biru ketika bertemu MU semalam, Mahfuz berharap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendakwa bahawa sudah terdapat petanda kebangkitan semula "gelombang biru" melanda sukan bola seluruh dunia ketika ini..."
"Jangan pula kekalahan tipis itu menyebabkan para pemimpin Umno mendakwa bahawa pasukan bola Malaysia sudah memasuki era baru sehingga menyatakan pengurus dan pemain MU tidak lagi relevan serta tidak lagi sesuai dengan kemajuan serta perubahan semasa permainan bola sepak pada masa ini...".(Sumber : Harakahdaily)
(Kata Waris Pahang :
-Pertamanya tahniah kepada pasukan negara kerana kalah tipis 3-2 pada perlawanan pertama dan 2-0 pada perlawanan kedua.
-Sesiapa sahaja yang baca kenyataan Mahfuz (PAS) ini pasti akan rasa marah. Seorang yang bergelar wakil rakyat sepatutnya memberi nasihat dan peransang bukan mempersendakan pasukan negara.
-Kita kagum dengan pasukan negara yang bertungkus lumus memperbaiki mutu permainan untuk meningkatkan lagi prestasi di masa-masa hadapan walaupun pada hakikatnya kita tahu MU bukan setaraf untuk berlawan dengan kita.
-Sir Alex Ferguson sekali lagi memuji skuad kebangsaan sambil mengakui Manchester United terpaksa bergelut sebelum menang 2-0 dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
- Sebagai wakil rakyat, Mahfuz sepatutnya mengucapkan tahniah dan bukan bercakap seakan menghina pasukan kebangsaan yang mempunyai jutaan peminatnya. Apatah lagi dikaitkan dengan politik.
-Contohi Najib kerana beliau mengucapkan sekalung tahniah dari perantauan berdasarkan persembahan untuk perlawanan pertama.
-Kita hairan dengan pembangkang sekarang ini, sudahlah orang mati dipolitikkan, hinggakan prestasi bola sepak pun nak dipolitikkan.
-Inilah susahnya kalau wakil rakyat yang dipilih menang kerana populariti di pentas ceramah dan bukan pemimpin yang berkualiti. Mereka hanya tahu berpolitik sahaja.
-Jangan kerana takut bayang-bayang sendiri sehingga mengeluarkan kenyataan yang kosong, kotor dan busuk hati).
10 comments:
Itulah STANDARD pemimpin PAS. Semua mende dia nak politik. Tak berbangga dengan kejayaan anak bangsa. kalau boleh semua menda dia aje yang betul. Sebenarnya orang macam nilah perosak negara..
hadi tu kaki bangku..mana dia tau hal bola ni...bab kutuk keji tu memang kepakaran dia...
Pasukan Malaysia dengan orang Putih (MU) boleh adakan perlawanan persahabatan di satu padang.
Orang Melayu Islam nak berbincang pun tak mahu, tak boleh duduk semeja.
Nik Aziz ada ajak najib berdebat tapi itu bukan bincang tapi bertaki.
Kalau semua benda nak dipolitikkan susah ler.
Barangkali bini pun dipolitikkan atau tidak dipolitikkan kerana takut kat bini.
Begini lah sikap pemimpin PAS...sikap hipokrik dan suka menyalahkan orang sentiasa bermain dibibir mereka....disebabkan dah tiada isu membolehkan dia mempopularkan diri..dia ujudkan isu nie...nak komen pasal nizar menghadiri majlis menghormati simati mengikut budaya kristian..dia tak berani..takut disepak oleh nuar ngan lim anak beranak..
bro , PAS sbnarnya sudah fobia dengan gelombang biru !! hahaa
Benar tu, PAS dah takut/fobia kebangkitan biru.
Apalah punya bahalol, Pemain bola pakai jersi biru pun dia takut.
Nasib baik lampu trafic tak warna biru, nanti bila nyala lampu biru dia tak jalan sebab takut.
aku benci betul ngan mahfuz omar babi nie
Andai 80,000 penonton pertandingan persahabatan pasukan negara VS MU baca kenyataan Mahfuz sudah pasti mahfuz tak senang duduk.
Post a Comment