Agaknya Apa Yang Sedang Difikirkan Oleh Mereka
Selepas Pembangkang Menang Tipis 65 Undi,
Mungkin Ini Yang Diperkatakan Oleh Mereka.
JIS : Ambo Nok Letok Jawate, MU Hampi Kaloh
WAR : MU Kalah Tak Pe, Jgn Aku Kalah Kat Mahkamah
LIM: PAS Dan PKR Dah Tak Boleh Pakai!
WAR : MU Kalah Tak Pe, Jgn Aku Kalah Kat Mahkamah
LIM: PAS Dan PKR Dah Tak Boleh Pakai!
Petanda angin perubahan
TRONOH 14 Julai - Kekalahan tipis calon Barisan Nasional (BN) kepada calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai hari ini menunjukkan angin perubahan daripada rakyat bertiup kuat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan mengurangkan majoriti Pas pada pilihan raya umum lepas yang melebihi 1,200 undi merupakan satu isyarat jelas bahawa rakyat mahukan pembaharuan.
''Saya rasa bersyukur walaupun kita kalah 65 undi. BN berjaya kurangkan majoriti tetapi malangnya kita tidak dapat undi yang boleh meletakkan kita dalam keadaan menang.
''Saya rasa kita tidak harus kecewa kerana keputusan ini menunjukkan ada peningkatan sokongan yang cukup jelas kepada BN," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-52 di Universiti Teknologi Petronas di sini malam ini.
Muhyiddin mengulas mengenai kegagalan BN merampas kerusi DUN Manek Urai selepas calonnya tewas kepada Pas dengan majoriti tipis 65 undi.
Pas mengekalkan kerusi DUN Manik Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan itu juga menunjukkan petanda rakyat sudah mula memahami dan boleh menilai kepimpinan berwibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa pembaharuan kepada negara.
Justeru katanya, pemimpin dan penyokong BN tidak harus berasa terlalu kecewa malah perlu menjadikannya sebagai pendorong untuk bekerja lebih keras agar angin perubahan itu terus berlaku. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
-Tahniah kepada Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah yang diisytiharkan menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi.
-Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.
- PAS masih lagi bermegah dan angkuh dengan kemenangan nyawa-nyawa ikan ini walaupun menang tipis.
-Masihkah kau ingat 3 PRK yang lalu :
i. PRK KT ,DUN Wakaf Mempelam calon pas Abd Wahid Endut hilang undi Melayu di kawasan kuatnya.
ii. Nizar hilang 5000 undi Melayu dalam PRK Bukit Gantang.
iii.Abe Uji hilang 1287 lebih undi Melayu di Manek Urai.
-Manek Urai telah memberi amaran awal pada PAS jangan lagi cakap sombong tuduh orang tak Islam dan undi BN kononnya masuk neraka.
-Bagi Abe Uji kamu bagaikan tabung uji PAS, mereka meletakkan kamu sebagai bahan experimen samada kepimpinan ulama masih relevan atau sebaliknya.
-Nampaknya Abe Uji mestilah sahut harapan rakyat yang mahukan pembangunan Manik Urai kerana ketinggalan dari arus perdana.
-PAS tidak boleh salahkan BN jika Manik Urai ketinggalan kerana PAS telah perintah Kelantan hampir 20 tahun.
-Inilah akibatnya kalau PAS sibuk "Ceramah Didahulukan Tabung Diutamakan" untuk perkukuh PAS bukan membantu rakyat dan memakmur kawasan.
-PAS menang nyawa-nyawa ikan seperti ikan di atas darat ('zai samak fil ard' - bahasa arab ni). Kekalahan PAS ini sudah pasti memberi kesan kepada kawasan-kawasan lain.
-Kita naiklah dulu bahtera Abe Uji ke mana dia nak bawa kita di lautan luas. Sungguh sayang seribu kali sayang kerana kita membuang nakhoda bahtera (Tuan Aziz) yang berilmu dan berpengalaman luas.
-Selamat Berjuang Pengundi Kelantan Darul Naim, Angin Perubahan Bertiup Kencang Di Negeri Kelantan. "Ukur Baju Di Badan Sendiri, Jika Sudah Tidak Sesuai, Kita Tukar Sahaja").
11 comments:
Salam orang Pahang,
Sila ke blog saya, sayapun anak jati Pahang juga.Asal dari K.Lipis.
http://puterinafisah.blogspot.com
Artikel yang menarik..MOh kita org Pahang mewarisi perjuangan nenek moyang kita bagi menyatupadukan kembali melayu islam di bumi bertuah ini.
BETUL..BETUL..BETUL
Taniah BN dapat mengurangkan majoriti PAS di Manik Urai.
Pihak bn tidak harus kecewa dengan kekalahan tersebut tetapi seharus kita berbangga kerana dapat mengurangkan majoriti kemenangan pas...biar kita kalah dahulu dan teruskan perjuangan kita untuk memartabatkan kaum melayu..sekarang ini waktu kita lihat apa yang bakal dilakukan oleh pas untuk mu..tetapi bagi bn jangan lah dilupa pula janji2 yang telah diucapkan dimu sewaktu berkempen dahulu sebab rakyat akan melihat dan dengan cara ini kita dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap bn..orang kata janji mesti dikota walaupun pahit yang kita terima
ingin sekali aku melihat pakatan rakyat hancur sepenuhnya
PAS hampir kalah salah siapa agaknya?.
Jis, Anwat, Lim kup, Kapak, Teresa kokok, Haji Had, Nashampah,sape lagi hah?.
MB klate tu patut letak jawatan . selagi dia ada selagi tu kelantan mundur
Tahniah2, teruskan usaha mendekati rakyat melalui perubahan kepimpinan dan pemimpin yang beribawa.
Ada hikmah BN kalah supaya kita tidak cepat rasa selesa.
Gandakan usaha kita akan pasti berjaya.
Penduduk DUN Manek Urai hari ini berpuas hati dengan keputusan pilihan raya kecil yang telah mereka buat.walau pun begitu Umno harus bekerja lebih kuat lagi supaya pilihan raya akan datang dapat ditawan oleh BN.pada masa itu baru kerajaan pusat boleh membantu pembangunan di kawasan tersebut.
Pembangkang dah tak boleh pakai, ketinggalan sangat.
orang dah lepas ke bulan tapi dia masih puja bulan bulat dan bulan separuh. Ada roket pun tak boleh pakai.
Post a Comment