Bukan setakat anak angkat tetapi anak emas. Itulah janji Barisan Nasional (BN) jika berjaya merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai daripada genggaman Pas.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamad berkata, jaminan itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau dalam pertemuan malam tadi di sini.
Menurutnya, BN memang ikhlas dan jujur membantu nasib penduduk DUN Manek Urai yang sewajarnya memang perlu dibela setelah diabaikan oleh kerajaan Pas Kelantan.
"BN ikhlas dan jujur serta cakna membantu penduduk Manek Urai. Buktinya memang jelas dan telah diketahui oleh semua pihak bahawa BN pada setiap masa membantu rakyat walaupun di negeri yang dikuasai pembangkang," katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
-Hari pembuangan undi semakin kuat dirasai dan suasana pilihan raya pula semakin hangat.
-PAS semakin tertekan dengan asakan BN yang mengatakan bahawa PAS mengabaikan pembangunan di Manik Urai.
-Rupa-rupanya PAS selama ini bermain dengan pelbagai slogan untuk mengaburi mata rakyat tetapi hakikatnya hanyalah slogan kosong belaka.
-Pengundi Manik Urai tidak sepatutnya terpengaruh dengan penyokong-penyokong luar PAS yang bertandang ke Manik Urai.
-Mereka hanya pandai menghasut dan bersorak tetapi tidak menjanjikan apa-apa yang menarik untuk Manik Urai.
-Berbanding dengan BN yang telah memilih Manik Urai sebagai 'anak emas'. PAS tidak berani berjanji seperti BN kerana mereka tidak mampu memenuhi segala tuntutan pembangunan sebagaimana yang dikehendaki pengundi Manik Urai.
-Penduduk Manik Urai diharap memberi peluang kepada BN untuk melakukan perubahan, jika tidak berpuas hati, tolak kami pada pilihan raya umum akan datang.
-BN berjanji akan melakukan yang terbaik sekiranya diberikan peluang kali ini. Manik Urai mampu berubah bersama BN.
-Penduduk Manik Urai juga diharap memberi peluang kepada Tuan Aziz yang merupakan anak tempatan yang bijak pandai dan berpengalaman untuk dipilih sebagai wakil rakyat.
-SELAMAT MENGUNDI BARISAN NASIONAL UNTUK KEBAIKAN PENDUDUK DAN KEMAJUAN MANIK URAI. Jangan lupa "MANIK URAI ANAK EMAS".
2 comments:
SLM BRO...MANIK URAI HARUS BERUBAH. BERUBAH DARI SEGI PEMIKIRAN DAN MENUJU KEARAH KEMAJUAN. INI LAH MASA NYA UTK MANIK URAI MEREBUT PELUANG DGN JANJI BN YANG DI LIHAT LEBIH REALISTIK DEMI UTK WARGA MANIK URAI..HIDUP BN!! YEZZEKKK!!
salam..ana sarankan saudara buang flag di atas blog saudara...untuk keselamatan blog saudara..pergi ke google dan taip "buang flag".then click yang atas sekali dalam senarai pilihan.ikut arahan yang ditulis..selamat mencuba dan selamat berjuang. jemputlah ziarah ke blog ana di revolusipedangsrikandi.blogspot.com
Post a Comment