Tuan Yang Berhormat
menang ayam kerana taji
menang tuan kerana undi
menang hamba jangan diulang
menang sorak di tengah gelanggang
sedang tanah diambil orang.
Tuan Yang Berhormat
jangan ulangi bodoh hamba
tamakkan habuan yang cepat
termakan pujuk terbelit muslihat
kurang ilmu buta hakikat
tumpul akal tidak melihat
kalah orang kalah mendapat.
Silap Pak Kaduk bertukar ayam
maka tergadai kampung halaman
silap tuan bertolak ansur
maka tercagar nasib keturunan.
Menang Pak Kaduk tidak bertanah
menang tuan tidak bertuah
kalau menunduk pada yang kalah
menang suara jangan kalah digertak
menang budaya jangan kehilangan watak
menang budaya jangan kehilangan watak
menang sorak jangan kalah sabungan
menang kerusi jangan hilang perjuangan.
(Hasil Nukilan : Zurinah Hasan)
(Kata Waris Pahang :
-Ingatlah pesan Pak Kaduk yang menyesal dalam hidupnya kerana kalah bersabung. Dulu orang sabung ayam kini orang lumba F1, boleh dikatakan sama sahaja kecuali bersabung ada unsur perjudian.
-Pekik sorak adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Menang sorak pula hanya seketika, 'apa guna menang kalau orang lain derita'.
-Penyabung menang mendapat harta dan yang kalah pulang derita. Lumba F1 jauh berbeza kerana pelumba akan pulang ke negara masing-masing, berbeza dengan bersabung ayam kerana tanah dijadikan pertaruhan.
-Kini tanah diperjudikan dan dijadikan pertaruhan kerana gila kuasa dan nak menang suara, 999 tahun tanah digadaikan umpama harta datuk nenek dia yang punya (kepala hotak kau!).
-Pak Kaduk mengaku tersilap langkah kerana termakan pujuk dan rayu serta kurang ilmu. Biarpun DAP kurang menang kerusi tetapi berlagak macam kuasai semua negeri.
-Bisikan DAP melonglaikan Melayu (PAS/PKR), apa yang dihajati ditunaikan segera termasuk sanggup 'derhaka' kepada raja.
-Suara kecil DAP menjadi besar dan mampu peroleh apa yang dihajati dari Melayu (PAS/PKR) yang 'tumpul kerisnya'.
-Silap Melayu bertukar parti dari UMNO kepada PAS dan PKR, orang Melayu buat tak reti kerana 'termakan kata-kata orang yang busuk hati'.
-Menang PAS di Manik Urai bukan bertuah kalau menunduk kepada DAP dan PKR. Cadangan Kerajaan Perpaduan Melayu Islam dihancurkan kerana takut kepada DAP/PKR bukan takut kepada yang esa.
-Menang PAS bukan boleh dibanggakan kerana main kotor menghina bangsa Melayu sendiri dianggap menate, komunis dan sesat macam Ayah Pin.
-Rakyat Malaysia naik hairan dengan parti yang mendakwa perjuangkan Islam tetapi berakhlak buruk macam 'orang tidak pernah jumpa tikar sembahyang'.
-Adat pertandingan ada menang dan kalah, pesan Pak Kaduk "menang kerusi jangan hilang perjuangan" untuk agama, bangsa dan negara).
1 comment:
Salam,
Pesan pak kaduk, orang Melayu Manek Urai pakai baju seluar biar kemas, nanti kalau berlonjak tidak terburai.
Pesan pak kadok, biar kampung tergadai asal menang di Manek Urai, tak payah bergolok bergadai, segala masalah UMNO yang tolong selesai, tok guru ketawa mengilai........
Post a Comment