KUALA KRAI 5 Julai — Pengundi di Manik Urai perlu menolak calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai isyarat bahawa mereka tidak mahu terus hidup dalam serba kekurangan di bawah kerajaan negeri Kelantan yang tidak mampu menjaga kebajikan rakyat negeri itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pengundi Manik Urai perlu mengambil peluang ini memandangkan kerajaan negeri itu juga gagal menyelesaikan masalah kemiskinan tegar yang melingkari kebanyakan penduduknya sejak hampir 20 tahun menguasai Kelantan dan hanya bergantung kepada peruntukan yang diberi kerajaan pusat.
“Pusing-pusing saja di Kelantan, lihat sendiri, Manik Urai lagi teruk. Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai ini peluang untuk rakyat beri isyarat bahawa mereka tidak mahu lagi berterusan begini,” katanya.
Beliau berkata tanpa peruntukan yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan tegar di Kelantan akan bertambah parah.
“Jika tiada bantuan dari kerajaan BN, (kerajaan Kelantan) dah tutup kedai lama dah. Pada tahun 2007 kita belanja dekat RM27 juta. Perbelanjaan negeri hanya RM10 juta.
“Tahun lepas kita belanja RM41 juta, dia hanya RM11 juta. Tahun ini saja kita dah belanja RM21 juta dia, dia baru RM2 juta tapi riuh rendah cerita dalam ceramah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 106 penerima yang terdiri daripada kumpulan sasar kementerian berkenaan di Kampung Laloh, di sini.
(Sumber : Bernama)
(Kata Waris Pahang :
-Hari ini kita saksikan Penamaan Calon DUN Manik Urai. Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan masih 50-50 lagi samaada UMNO atau PAS yang akan menang.
-Walau bagaimanapun Tuan Aziz mempunyai kelebihan kerana beliau banyak membantu penduduk melalui KESEDAR berbanding dengan Fauzi, calon pilihan kepimpinan PAS.
-Berita TV semalam memaparkan pengundi Manik Urai memberi reaksi sudah serik dengan Kerajaan PAS kerana gagal membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di Manik Urai.
-Barangkali selama ini PAS terlalu sibuk di pentas politik berceramah sana sini termasuk mencaci maki, memfitnah, tohmah, menghina, menyindir dan membuat lawak.
-Rakyat pula di kelabu asapkan dengan isu-isu yang dibangkitkan sehingga PAS terlupa kelemahan sendiri. Hanya sekadar berceramah boleh menyelesaikan masalah rakyat ke?.
-Ceramah-ceramah yang diadakan sebenarnya bukan menyelesaikan masalah rakyat tetapi mahu menyelesaikan masalah tabung parti.
-Fenomena yang biasa kita lihat, abang karung akan jalan mundar mandir untuk mendapatkan dana segera, tukang karut pula cuba sedaya upaya memainkan ayat-ayat mendesak sehingga kita rasa mahu serahkan segala apa yang ada dalam poket dan badan kita kepada PAS.
- Apa yang penting kini calon dan parti mana yang lebih berkemampuan membela nasib penduduk Manik Urai.
-Kita harus fikirkan masa depan diri kita, kampung kita, kawasan kita dan Manik Urai kita. Lihat sekeliling kita, apa pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai selama mana PAS memerintah Kelantan.
-Tuan/puan adalah penentu masa depan Manik Urai, samaada belenggu terlerai di bawah BN atau harapan terburai bersama PAS atau Manik Urai masih berada di takuk lama.
-Tenang-tenang fikiran dan timbang-timbang keyakinan. Jadilah pengundi matang bukan taasub untuk masa depan Manik Urai).
6 comments:
Pengundi-pengundi Manek Urai, lebih menggunakan akal fikiran, kawan yakin mereka tidak berikap fanatik kerana putar belit tok guru....
Pengundi-Pengundi memilih BN menang di Manek Urai... InsyaAllah.
SALAM ZIARAH..PENGUNDI2 MANIK URAI SEMAKIN MATANG. AZAB DI BWH PEMERINTAHAN PAKATAN CUKUP TERASA. MOGA2 DGN FIKIRAN TERBUKA MEREKA DAPAT MEMILIH KERAJAAN YG BENAR2 MEMBELA NASIB MEREKA
Tq Yanggambi dan Jeffry, pendapat anda betul.
"Calon Dekat Di Hati
Pengundi Ternanti-nanti
Pilih biarlah beerti
Pilihlah yang mampu berbakti".
Salam,
Pengundi Manek Urai, be positif..pilihlah yang terbaik demi agama,bangsa dan negara bukan demi tok guru....
"Sehubungan itu, beliau(Nik Aziz) mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan Seksyen 25 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 supaya majikan memberi cuti kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka kerana tarikh pengundian ditetapkan pada hari bekerja"... ngapa beliau beria2 nak kuatkuasakan Akta ni???Adakah beliau sudah gusar dengan kemelut yang melanda PAS skrg ni akan melemahkan PAS dan menjatuhkan PAS pada PRK ni..Wahai pengundi Manek Urai...Sedarlah antum sume..n janganlah terpedaya lagi dengan dakyah PAS n the geng..Jadikan apa yg berlaku di Perak n Kedah satu pengajaran utk anda sume...
Hujan emas:
Kawe yakin dengan pengundi Manik urai yang sudah nampak kebaikan kerajaan BN yang sentiasa membela rakyat. Mereka memeng akan menyokong BN pada 14 Julai nanti. Kita kena pakai beri semangat kepada pengundi - pengundi yang akan keluar mengundi nanti supaya kuatkan semangat dan teguhkan hati walau apaun halangan tetap akan memberi undi(pangkah)kepada BN.
Post a Comment