Saturday, July 18, 2009

WACANA : Lagi Kes Hina Raja

Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada

Wacana yang dianjurkan oleh GEMPITA di PWTC baru-baru ini menjadi hangat apabila seorang budak muda bangkit menanyakan soalan ketika sessi soal jawab berhubung "raja-raja tidak berperanan dalam membangunkan rakyat dan negara".

Soalan tersebut menyebabkan para hadirin tidak rasa selesa dan marah. Maka seorang yang bergelar doktor bangkit bangun mempertikaikan soalan tersebut.

Budak muda tadi pula bangun mempertahankan soalannnya dan mengatakan soalan tersebut adalah apa yang didengarinya datang dari pertuturan remaja-remaja sekarang dan bukan datang darinya kerana beliau taat kepada raja.

Doktor yang tidak puas hati tadi sempat mencelah sebelum Prof. Dr. Ramlah Adam menjawab, "budak muda tadi baru tidak mengaku soalan tersebut datang darinya" kata doktor.

(Kata Waris Pahang :

-Semenjak pembangkang ghairah mahu menguasai tampuk pemerintahan, kita dapati banyak insiden-insiden penghinaan terhadap institusi raja-raja Melayu.

-Raja Melayu adalah lambang kedaulatan sesebuah negara, simbol kekuatan warga dan payung mahkota Negara.

-Tanpa kita sedari Raja-Raja Melayu sentiasa memayungi Negara dengan meletakkan Negara sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan kepentingan rakyat diutamakan.

-Kita amat kesal kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 telah memberi ruang dan peluang kepada pembangkang untuk mencabar perlembagaan persekutuan dan institusi raja-raja Melayu.

-Apa yang menyedihkan bangsa Melayu sendiri mengikut telunjuk orang lain untuk ‘derhaka’ kepada raja-raja Melayu dan akhirnya menjadi 'dalang' utama.

-Kita kena lihat dan tahu sejarah bagaimana Revolusi Indonesia berlaku, orang Melayu Indonesia bangkit menentang Belanda tetapi mereka juga bunuh raja-raja Melayu di Acheh.

-Negara Nepal menolak sistem beraja dan Raja Nepal terpaksa turun daripada tahta apabila 2/3 sidang parlimennya menolak pemerintahan beraja.

-Kita mesti menjadikan sejarah sebagai panduan dan kita menolak 'ketuanan rakyat' yang diperjuangkan pembangkang kerana mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu, menghina, mempersenda dan menanam kebencian terhadap institusi beraja.

-'Ketuanan Rakyat' adalah langkah awal dalam gerakan menghapuskan institusi beraja kepada pemerintahan rebuplik atau diketuai Presiden. Seterusnya identiti asal negara bangsa turut akan hilang.

-Sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang wujud lebih 600 tahun, berjaya membangunkan budaya dan tamadun yang agung.

-Kita mengalu-alukan langkah pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana warga Malaysia yang menghina raja-raja Melayu.
-Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku).

3 comments:

poyosede said...

Koi setuju ngan awk, orang menghina institusi raja mesti dikenakan hukuman, amat menyedihkan bangsa Melayu yang tak sedar diri yang menentang raja yang akan melindungi mereka kalau tak tahu bacalah sejarah dan Perlembagaan Persekutuan 153...

Anonymous said...

Baca dan hayati titah Paduka Raja Nazrin baru-baru ini untuk anda menghayati peranan Raja dan Rakyat.Amat malang sekali apabila orang melayu sendiri mudah terjebak kedalam tingkah laku yang mahu mempersoalkan kedudukan institusi raja di Malaysia. Mereka ini adalah Pak Malang yang ingatkan pandai rupanya bodoh kerana mudah dipergunakan.

YANG GAMBI said...

Salam,

Cuba orang-orang Melayu renung negara-negara yang menggulingkan Raja-Raja mereka. Apa jadi sekarang ?

Kebanyakkan negara yang telah membuang Raja dan digantikan rakyat biasa sebagai Presiden mengalami perebutan kuasa yang berlarutan, pemimpin yang di pilih rakyat mudah lupa diri serta menganggap diri sediri pulak lebih dari Raja....... macam raja kumar......

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP